12 AugFinal Pencarian Covergirl NUR 08/09


Dinobatkan Finalis Favorite Final Pencarian Covergirl NUR 08/09 sudah memadai utk saya yang tidak langsung menjangkakan kemenangan.

Pengalaman yang serba indah dan mungkin juga kenangan yang pastinya manis seumur hidup apabila akhirnya dalam kuasa Allah saya berjaya melangkah dengan jayanya di majlis akhir tersebut. Majlis gemilang yang dihadiri ahli keluarga tersayang dan teman2 sepejabat tidak akan hilang dlm igtan.

Pagi – 6.30

Kak Ila (salah seorang finalis juga) call “Mass dah bangun?” “Ye..” Walaupun saya bangun lebih dulu dr panggilan kak Ila namun saya rasakan tidur saya tidak terganggu malam itu. Debar hati tidak begitu meruntun saya. Masih dpt dikawal baik.

Pagi – 7.25

Saya dan Ekin teman serumah meluncur ke Matrade.

Pagi – 7.40

Kami tiba di Matrade. Tanpa ada gangguan jem, kami tiba agak awal. Masih tidak banyak orang walaupun sebenarnya masa yang dijanjikan ialah jam 7.30.

Perjalanan yang indah dan amat teratur. Walaupun dalam seawal waktu rehersal saya masih lagi perlu menghubungi client itu dan ini namun semuanya masih dlm kawalan. Banyak berdoa itulah agaknya yang membantu saya.

Tengahari – 12.05

Dengan hanya menjamah 3 suap bihun goreng dan seteguk mineral water, saya terus mengambil tempat utk dirias kak Mas. Paling tidak sangka mendapat sentuhan seorang wanita bernama sama.. sgt serasi. Kak Mas ni orangnya sgt cool dan baik hati. Tidak lepas setiap inci wajah saya diperincikannya.. sgt teliti dan saya puas hati.. itu paling penting.

NUR1

Petang – 3.00

Pertandingan bermula. Catwalk pertama.. masing2 dilepaskan keseorangan menguasai pentas runaway yang luasnya lebih 44 kaki. Ya Allah, waktu menunggu giliran ada satu rs gemuruh yang sgt berbeza saya rasa.. haha.. org yang kononnya sgt konfiden spt sy hampir tewas oleh rs gemuruh yg bukan kepalang. Namun, kaftan putih tajaan Hajaba membuatkan saya rs sgt selesa di pentas.. pertama kali, saya hilang gugup. Alhamdulillah. Masih terkawal semuanya.

Evening dress rekaan Adnan Jaafar adalah persalinan seterusnya. Bergegas menukar pakaian dan mengenakan tudung dlm masa 15 minit. Juga puas hati. Dengan bantuan Ekin, Kak Mas dan Abg Nan saya berjaya melakukannya. Kali kedua beraksi di pentas peragaan sudah tidak ada rs debar. Saya berjaya tersenyum pd mama, kakak dan anak sedara.. melihat penonton, juri dan tetamu VIP dengan penuh makna. Bukan susahkan.. senyum saja..

Selepas finale, kami mengucapkan tahniah sesama kami. Tidak rs spt pertandingan.. kami tidak risaukan kemenangan,  hanya risaukan klu2 terpelecok sewaktu catwalk atau tidak dapat menjawab soalan diajukan. Alhamdulillah, saya mendapat soalan sgt mudah dr Kak Wardina dan Abg Richi.. “Apakah rahsia kecantikan kamu?” hanya 4 perkataan.. lalu saya jawab seadanya. Walau apa pun secara peribadi  jwpn yang sy berikan dianggap berjaya krn sy telah  cuba melakukan yang terbaik dr sudut itu.

Terus, selepas nama Amrina dipanggil sebagai pemenang best dress pd petang itu, nama saya diumumkan utk pemenang favourite.. entahlah, waktu itu saya tidak tahu apa perasaan sy.. hanya turun menerima hadiah dan masih kekalkan senyum sama spt dalam pertandingan.

Walau apa jua gelaran, saya tetap ingin mengucapkan tahniah pd 10 teman2 finalis yang sama2 menjayakan majlis. Terpilih ke final sudah memadai bukan. Terima kasih pd bonda tercinta yang mendoakan saya, kakak yg bangga mempunyai adik spt sy.. huhu, abg razak , abg mazri yang bayar table fees, hanani dan imani yang dtg jauh dr penang, Balee yang amik pic sgt byk smpi abes bateri, abg razin yang supportive dan tak jemu menabur ilmu.. Ada yang hadir ke majlis, Ekin, Kai dan Nus yang teman beli 5 inch heels.. Engr Aziz yang sms seawal pagi.. Ayed yang asyik sms, nerverse mcm dia plak yang bertanding.. Hafiz yang tak dpt datang sb demam but still give his support from back..  hehe.. Bloggers, FB followers and frens..

Saya menutup diari :: 7.42

FinalNUR

Dress by Adnan Jaafar

FinalNUR1

Terima kasih kerana menjadikan saya pilihan anda.. Lagi gambar.. akan datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments are closed.