Begitulah yang sudah diaturkan.. mengingat pada hal2 lama sebelum saya dilamar oleh kak Lin untuk menghantar butiran diri untuk ujibakat Pencarian Covergirl NUR 08/09. Seingat saya, mengenali Kak Lin sudah lama.. semenjak mengenal Nasyeed.Com dan orang2 keletahnya.. best! itu satu perkataan hadiah buat kak Lin.. dulunya dia wartawan Dara.Com.. sekarang yang saya kenal kak Lin sudah bertukar minat ke Majalah I. Mungkin bila dilamar saya tidak terus setuju. Fikir dulu, tny dulu. Saya hantar juga gambar ke email kak Lin. Mulanya tidak yakin, tetapi berkat keyakinan diasah kak Lin saya cuba juga. Mana tahu, ada cerita lebih menarik untuk mencabar diri selepas ini. Selepas beberapa ketika, menghadiri sesi photoshot.. yang bkn saya seorang.. ramai mencuba juga.
Satu hari Kak Lin hubungi saya. “Mass, mas terpilih untuk jd covergirl NUR.. isnin boleh datang?” terkejut.. tp saya buat2 tidak cemas.. huhu.. dalam hati.. “betul ke kak Lin ni?” Mcm mendengar hati berkata, Kak Lin ulang.. “Ini betul2 tau Mass, bkn cubaan,” hahaha.. saya gelak deras. “betul ke ni Kak Lin?” rebas, akhirnya tepacul juga kata hati di mulut.
Mula dr saat itu, saya sudah menghenyak separuh komitmen ke sebuah majalah tersohor juga barangkali. Krn, dr saat wajah tersiar di muka depan.. ramai juga yang menghubungi saya.. terjumpa di kedai buku, di butik pakaian.
Pernah sekali, sdg sibuk memilih tudung di sebuah butik pakaian.. majalah NUR keluaran Mac (Yang ada wajah saya tu..) kelihatan di atas meja jurujual. Teman sepejabat yang perasan.. lalu dijual tiga helai tudung dengan harga cuma RM7.. huhu.. bestnya kak Mass.. empel Ada..
Keluarga tidak perlu ceritalah, awal2 mama akan pesan seberapa byk pesanan yang diilmukannya.. selepas itu dan ini.. saya memahami deras hati seorang ibu apabila bidang yang asing ini jadi pilihan saya. Jangan risau mama.. ini cuma permulaan yang kecil. Kakak, abg.. mempunyai persepsi berbeza.. tetapi tetap menyokong, itu yang penting.
Dan.. hari ini, saya sudah menjelajahi setiap penjelajahan pencarian NUR sehingga ke detik ini. Pulang dr penggambaran videoklip raya ‘Seri Aidilfitri’ jam 2 pagi semlm, sy bergegas mencuba dress rekaan Adnan Jaafar yg baru saya terima semlm. Tidak ada masa, malam ini ada Konsert AMAR.. bila lagi..
Bukan Juara yang saya perkisahkan.. melakukan terbaik itu sudah lumrah.. mengisi pentas pertandingan sudah memadai bagi orang kerdil spt saya..



Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

