Sejak meninggalkan ‘Pujangga’ (Persatuan Kebudayaan dan Kesenian UiTM, Merbuk) saya tidak lagi melibatkan diri dalam dunia teater. Boleh dikatakan antara persatuan yang sangat aktif dan terkenal, kami bergerak dengan begitu agresif mengikuti berbagai-bagai festival teater baik dalam negeri mahupun luar. Kenangan yang tak akan saya lupakan, sewaktu kami sama2 meyakinkan pengarah untuk menyertai Festival Teater di Istana Budaya.. usaha kami akhirnya berjaya. Berkampung selama 10 hari bagi menjalani sesi latihan.. (waktu tu cuti sem tau) sangat meninggalkan memori tidak dapat diceritakan. indah.. terlalu indah. Dengan budget RM850 waktu itu, kami membuat kostum sendiri, makan, menyewa bas dan mcm2 dilakukan bersama. Semangat setiakawan seramai 40 org krew produksi dan 10 org pelakon.
Sewaktu festival tersebut saya memegang watak utama.. melakonkan watak yang lain dari watak sebenar saya.. haha, memang kelakar. watak ape tue? ta nak ceritalah.. lebih kpd watak antagonis jugalah.. itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di persada pentas teater yang sebenar.
Bermula dr gerak lakon tersebut, kami terus diberi kepercayaan demi kepercayaan. Wah, gah jugalah ketika itu.. tapi semuanya berakhir selepas tamat pengajian. Masing-masing bawa haluan.
Menanti Perang Berakhir.. inilah tujuan saya menulis hari ini. Menonton teater setelah sekian lama meninggalkannya. Teater ini sebenarnya berat pengisiannya.. tetapi agak celaru. Seolah-olah mahu mencampakkan semua isi kandungan dalam 2 jam. Mulanya saya mendengar monolog mengenai masyarakat rabbani, lalu rabbani ditinggalkan masuk pula kisah Awang Leh. Ada beberapa elemen cinta yang sepatutnya dijadikan sebagai pemankin cerita tetapi terlalu terperinci pulak perginya. Saya tidak nampak sebarang kaitan cerita dengan elemen cinta yang dibawa pelakon. Tidak sama sekali seperti Tranformers.. haha, pasti ada yang marah..apa kaitannya..
Walaupun elemen sedih tidak terlalu menjadi, kerana mengantuk lebih mengatasi segala2nya.. saya sudahkan juga pengamatan saya agar tidaklah saya tewas sebelum waktunya tiba. Akhirnya, pentas diselamatkan dengan kemunculan Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai narator. Hebat penghayatan Dato’ sampai tersedu2 menangis. Memang cerita ni sedih klu dihayati betul2. Kekasih Sarah mati sebelum mati di medan perang.
Sinopsisnya boleh disimpulkan beginilah.. Mengisahkan tentang Akmal, seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina sedang membuat kajian tentang Awang Leh. Awang Leh ni merupakan salah seorang pengikut Tok Janggut yang telah ke Turki untuk menyampaikan surat Tok Janggut kepada pemerintah Islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajahan Inggeris. Awang Leh kemudian menjadi komander Divisyen Hanzar di bawah panji kerajaan Uthmaniah menentang pihak bersekutu di Balkan dalam Perang Dunia Ke-2. Beliau dipercayaai disemadikan di Sarajevo. Dalam pengajiannya, Akmal (Menaruh hati pd Sarah) bertemu dengan Sarah (kekasih Jali) dan Lydia (menaruh hati pd Akmal). Selain menyentuh tentang cinta yang berputik dan cinta yang tidak berbalas, kisah ini juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel.
Know wut.. semasa sesi bergambar, Dato’ Jalal ade tanya saya.. “How was my apperance?”.. saya jawab “Ok, u makes me cry..” igtkan dia habis di situ saja.. rupanya panjang lebar lagi soalannya.. “Owh yaa.. its mean, i delivered well.. bla..bla..” “ya, of cos..” saya buntu.. sb dia mcm nak borak kat kedai kopi plak. “Which part makes u touch?” .. Owh Mann.. saya blur sekejap. Honestly i’m crying because of im very sleepy at that time.. but wonder.. apa saya jawab tau.. “i sedih bila u sebut.. jali sudah mati..”.. hahaha.. i did it again.. blur at anytime..



Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


wah, tak sangka gambarku dimasukkan ke dalam page mu.. hehe ;P