Kalau dikira dengan jam memang sangat lama, klu dikira hari boleh tahan jugak.. tapi kalau dikira minggu boleh senak juga.. huhu.. tanpa sedar tarikh final Pencarian Covergirl Majalah NUR bakal menemui penghujungnya. 9 Ogos akan muncul jua, dan tarikh itu pastinya menjadi igauan sahabat2 finalis yang lain. Td petang saya ada berbual dengan Hani di Facebook. Hani sapa saya, katanya risaukan final.. memang klu difikirkan akan jadi agak risau kerana pada majlis itu nanti kami akan diajukan beberapa soalan.. dan pada masa yang sama perlu menjawab soalan yang ditanya.. jadi apa yang boleh dilakukan, buat persediaan awal spt banyakkan membaca atau perkukuhkan tatabahasa.. haha..(masih belum selesai konflik tatabahasa..)
Jadi untuk rakan2 bloggers, saya nak update sedikit mengenai perihal tudung yang bakal saya gayakan pada majlis tersebut. Ikutkan perbincangan dengan abg Nan, dia akan siapkan tudung untuk saya.. kira pakejla.. dress dan tudung lengkap.. hehe.. syukurlah sb semuanya memudahkan saya. Cuma mungkin perlu mencari kasut yang sesuai. Apapun saya tetap tertanya2.. apakah tudung yang bakal dipersembahkan nanti.. kerana menurut abg Nan tudung yang direkanya akan mengubah identiti saya. Biar nampak lebih moden dan tidak terikat dengan pemakaian tudung praktis biasa.
Apapun, kita tunggu sajalah hasilnya nanti. InsyaAllah saya akan hubungi abg Nan segera untuk menanyakan progress tudug itu nanti.


Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

