Sebelum masih banyak waktu tertangguh, saya titipkan gambar pra perkahwinan rakan sekerja Balee dan Diya. Apa yang menarik tentang pic ini ialah wajah Diya dirias hasil sentuhan tangan saya. Permintaan dr Diya dpt juga saya tunaikan walaupun masa sgt mencemburui saya sejak akhir-akhir ini. Selesai mewarna wajah Diya di kediamannya kami sama-sama ke Bukit Cerakah menemui Balee di sana..
“Owh Man..” Balee tekejut melihat Diya. Mungkin dia tidak menyangka Diya yang selama ini tidak pernah mengenakan solekan hari ini sudah jadi wanita melayu terakhir.. hehe.. Sebelum menyolek saya ada katakan pada Diya, “kmas nak makeup Diya pinky2 gitu.. ” Diya gelak aje. Kalau nak tau Diya ni anti warna pink, tp disbkan mengingatkan pre wedding sekali seumur hidup dia akur saja dengan cadangan saya.. Apa lagi, mula lah saya mewarna wajah Diya. Sebetulnya saya ingin meletakkan elemen lembut pada wajah Diya. Pre weddinglah katakan.. biar nampak sweet sikit.. jadi hasilnya silalah lihat gambar di bawah.. komen sikit untuk peningkatan masa akan datang..
Tips:
Jangan risau memadankan warna panas dan sejuk sekali contohnya dalam kes Diya, tudung yang dipakai ala-ala brownish (warna panas). Saya suaikan dengan solekan pink (warna sejuk) untuk menaikkan lagi seri wajah krn Diya tidak pernah mengenakan make-up. Bayangkan kalau saya kenakan warna brownish juga pada wajah Diya.. pasti tidak nampak banyak perubahan. Ingat! untuk mereka yang pertama kali mengenakan makeup, jangan memakai bulu mata yang tebal atau lipstik yang terang. Ini untuk mengelakkan janggal pada wajah. Renung-renungkan!


Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


owh.. wow
wiw