24 JulTiada Kata Untuk Ditinta


Masuk entri kali ni, saya sudah tak ade perkataan nak ditulis.. alih2 bahasa yang sama.. ayat yang hampir sama.. sewaktu saya menulis lirik juga idea sgt tidak ada.. buntu dan tertekan sb tak dpt keluarkan bahasa2 yang lebih menarik.

“Mass, bila nak submit lirik nih.. sabtu recording k,” abg Mie pesan. Komposer dah sound tu.. hadush.. “esok k abg Mie, tengah tak de idea ni..” jawapan standard, tp memang betul pun.. tak tau nak tulis apa.. mood raya tak sampai ke.. ntahlah.. padahal lagu raya dari satu ke satu saya bukak di youtube utk dapatkan mood, dah mcm musim raya pulak ofis jadinya.

Esok.. “Mass, mana lirik ni.. esok nk recording ni..” Dush, lagi tertekan..

Esok (hari Sabtu dah sampai).. “Abg Khairul, lirik Mass separuh jek.. i haf no ideas!” Saya dah mula gelabah, tp biasalah.. org kata saya gelabah pun nampak cool jek.. keke.. so saya cubalah sudahkan dengan bantuan abg Khairul Mestica.

Sampailah waktu nak recording.. abg Mie (Komposer) minta lirik.. Saya bagi padanya dan tau apa dia kata selepas dia belek dalam 5 saat.. “kamu dah lama tak membaca ye Mass.. ” Tuing! rasanya satu tamparan juga.. mula terfikir, saya selalu jek baca blog kwn2.. hahaha.. mana boleh baca blog aje, nak2 blog yang guna bahasa pasar.. lagi hancurlah.. jadi difikirkan semula, memang betullah.. saya sudah lama tidak membaca bahan ilmiah secara khusus.. baca tetapi tidak perhati itu yang salah.

Menulis blog juga perlu menggunakan bahasa yang sesuai.. menarik. Maka dari itu, saya sekarang kembali membaca perkara2 berat untuk meningkatkan tatabahasa dan tentunya pengetahuan..

Saya menutup blog 7:20 pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.