Salam my beautiful readers..
buat pertama kalinya saya ingin menulis mengenai solekan untuk entri kali ini. Ada juga antara yang bertanya kenapa saya tidak pernah menyentuh tentang kecantikan sedangkan itu mmg bidang saya. Yea, beauty is always been my passion.. tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan tentang ‘the power of putting a make up on ur face’.
Ada yang salah faham mengenai fungsi mengenakan solekan di wajah. Ramai antara kita salah perkiraan, mereka menganggap mengenakan solekan boleh mencerahkan kulit yang gelap. Itu adalah kenyataan yang salah. Sebenarnya kamu perlu tahu apa fungsi sebenar makeup, dari situ kamu akan tahu kenapa perlunya mengenakan solekan diwajah.. jadi tidaklah kamu sampai mendapat komplen.. “apsal makeup dah macam patung cina..”
Pada saya solekan berfungsi menutup kekurangan di muka seperti warna muka tidak sekata dan keadaan muka yang tidak bermaya. Lalu dengan cara itu, kamu dapat menjana rasa confident dalam diri. Jangan sesekali mengenakan solekan untuk mencerahkan kulit.. itu hanya akan mencacatkan wajah kamu. Biasanya warna kulit wanita asia lebih kepada warna kekuningan dan warna brownish.. jadi pilihlah warna2 begitu untuk diadunkan dengan kulit sebenar. Jangan juga memakai bulu mata berwarna biru atau putih yang hanya akan buat kamu nampak pelik krn tujuan asal mengenakan solekan hanya untuk memulihkan ‘imperfection’ di wajah… itu sahaja..
Kerana itulah kita perlu tahu apa fungsi mengenakan blusher di kiri kanan pipi. Penggunaan blusher adalah untuk menaikkan merah pipi seolah2 kamu selepas jogging. Ini kerana apabila selepas bersukan, pipi dan bahagian2 tertentu pada wajah akan kelihatan kemerahan dan itu sebenarnya menjadikan wajah kamu nampak comel dan bermaya semula.
Jadi, selepas ini janganlah takut mengenakan solekan di wajah. Percayalah teknik solekan yang betul boleh membuatkan kamu kelihatan berbeza.. tidak terfikirkah kamu, kenapa waktu kahwin kita perlu menyolek beria-ria.. haaa.. sudah pastilah untuk menaikkan rasa yakin kerana itulah sekali dalam hidup kamu menonjolkan diri dalam keadaan yang paling diperlukan…
Itu saja untuk kali ini.. selepas ini InsyaAllah saya akan beri beberapa tips berguna mengenai solekan dan tip langsing.. (haha.. ada yang bertanya.. cemana nak kekal langsing ni kak mass?).. saya akan keluarkan rahsia2 kecantikan untuk dikongsi dengan semua ok.. tq krn sudi membaca..
Sharna: Sentuhan dari saya
Saya menutup blog :: actually nk belek digitalcam yang baru beli td.. daaa 5:30 pm

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

