Entahlah, susah untuk diceritakan..apa yang berlaku dalam hidupan saya sejak akhir2 ini. Bukan merungut, jauh sekali melibatkan orang2 sekeliling dalam protesitasi diri yang saya alami. Mungkin, akan datang suatu masa.. seorang insan, membawa saya pada jalan sejahtera dengan penuh yakin malah meyakinkan saya.. jalan yang di pilih adalah jalan yang benar dan jalan yang perlu diteruskan, tanpa runsing seperti hari ini..
Sedang enak saya mengelamun di bilik sabtu lepas (selepas seharian bersama2 team futsal di Kejohanan Futsal Penggiat Seni, anjuran Radio IKIM), saya menerima panggilan telefon dr Kak Yan.. Nama “Raja Mazian” tertera di skrin. Sebabkan lamunan tiba2 terhenti, saya jadi kaget dengan panggilannya, kenapa kak Yan call senja2 ni.. detik hati.”mass, bz ke skrg.. susah tul nk jumpa dia”.. mula kak Yan. “Salam kak Yan, mcm biasalah.. baru nampak kak Yan kat Wanita Hari Ini.. cantik Abaya Kak Yan. Ape citer Kak Yan?”
Perbualan diteruskan.. dari hal perihal kerja sampai hal anak2, rupanya kak Yan nak order tudung. Sebenarnya dah lama kak Yan order tudung Syria dari saya, tp saya selalu saja tak sempat nak hantar pada kak Yan. Kekdg jumpa, terlupa nak bawa pulak. Tanpa lengah, saya terus offer diri untuk hantar tudung ke rumah kak Yan malam tu juga. Hurm, jangan tekejut pulak.. duta Anggerik Avenue ni beli tudung syria.. hehe.. actually sebelum ni kak Yan dah byk order tudung ni.. kali ni katanya nak bg anak2 dia pakai, mudah utk mengaji..
“kak Yan dah dpt tudung sponsor..” gurau kak Yan.
MendekatĀ jam 9 malam saya keluar ke Bukit Jelutong Timur menuju ke rumah kak Yan. Senang pulak sampai ke sana. Jarak rumah kak Yan dari rumah saya cuma 5-10 minit kalau naik kereta.
Dah tentu korang nak tau apa yang berlaku sesampai di rumah kak Yan kan sehingga kisah berjumpa kak Yan saya blogkan. Boleh tak kalau di sambung saja penulisan ni esok. Mata dah berat ni. Dah pukul 10.40 malam. Rasanya, saya tinggalkan dulu rakan2 pembaca dengan ucapan Selamat Malam. Kita sambung esok k.. stay tune.. huhu
Jam menunjukkan pukul 5.41, waktu kerja dah selesai..so bolehlah saya teruskan penulisan..huhu.. bukan apa nak tulis perkara berat perlu ketenangan dan masa yang banyak. Saya kira, lewat waktu ini dapatlah saya sudahkan penulis hari ini dengan baik.
Sampai saja di rumah Kak Yan, kak Yan sambut saya penuh mesra.. dihidangkan saya teh panas. Minum teh sambil kak Yan membelek2 koleksi tudung syria yang saya bawa. Anak2 kak Yan, sorang demi sorang keluar memperkenalkan diri. Hurm, comel2 anak kak Yan ni.. mcm umi dia jugalah. Mesra semuanya, mcm dah lama kenal pulak. Sambil2 memilih tudung saya mencelah.. nak korek rahsia kejayaan kak Yan sebenarnya. Walaupun memang ramai yang tahu, kak Yan mempunyai platform yang sgt kuat untuk cepat selesa dalam bidang perniagaan yang diceburinya selepas meninggalkan dunia penyiaran secara total, namun saya masih berminat utk mengisi ilmu di dada dengan apa yang ada di depan mata.
“Kak yan, ape cerita terbaru..” sikit saja saya cuit.. terus kak Yan ceritakan tentang kesibukannya menjadi duta butik muslimah, menjadi penceramah dan keluaran produk susu kambing terbaru dari Hiraq. Haa, di sinilah bermulanya kisah susu kambing, saya terpana dengan cerita2 kak Yan.
Bukan kisah produk Hiraq yang mahu saya kongsi tetapi kisah mengenai susu kambing menjadi carian saya selepas pulang ke rumah. Bukan kita tidak tahu nabi Muhammad S.A.W adalah seorang pengembala kambing,bukannya lembu.. itu sudah cukup kukuh untuk melangkaui hujah mengenai susu kambing di sisi islam. Saya memang bukan jenis yang tertumpu dalam sesuatu perkara pokok melainkan dtg satu perkara atau situasi yang akan membuka mata saya. Selepas itu barulah saya bertinta dalam hati.. kenapa tidak dari dulu saya tahu tentang perkara ini.. perkara yang sgt basic.
Dalam konteks lain Allah S.W.T telah berfirman bahawa susu adalah minuman yang disediakan-Nya bagi manusia (QS. 16: 66, 23: 21). Allah juga menyebutkan bahawa minuman susu itu mudah ditelan oleh manusia. Lalu tidak terfikirkah fikiran cetek kita, susu siapakah yang dimaksudkan.. sedang zaman itu hanya terdapat unta dan kambing di sana.
Kecil hati kepada ejekan tidak mandi sama seperti kambing.. kenapa kambing jd hina pada mata kita sedangkan bergelempangan kucing dan anjing..tidak pernah dipersendakan.. huhu.. sampai ke situ pulak perginya.. saya senyum sendirian.. mula menanam minat untuk minum susu kambing.. huhu.. tp susahnya, susu kambing tidak popular di Malaysia namun ada alternatifnya. Saya percaya pada gizi susu ini kerana itu ianya disebut2 dalam Al-Quran. Bukan saja pakaian, sunnah nabi bukan hanya pada serban.. apa yang diminum juga itu sunnah.. Alhamdulillah, hari ini saya terima ilmu lagi. Saya terpanggil untuk mencari lebih byk kebesaran Illahi.
Keliru, saya melihat diri dalam keliru..kerana tamakkan hal yang tidak perlu. Saya terasa kian terlupa pada matlamat yang pernah saya cari. Mendekati diri, Allah.. memberi saya satu lagi teguran kepada diri. Mula leka dan lupa..

Produk susu kambing keluaran Hiraq
Saya menutup diari 8:37pm

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


hadoi….ni yg tk bes ni, dh pulon² baca tetiba mai part yg suspen kena tgu besok plak…..huhuhu, tp tk pa baru excited sket kan
dah lama tak jumpa kakyan ngan abgLong.. hehe..
lor, pegi la ziarah.. ceh..cam ni la org zaman skrg..