Inilah kali pertama saya memandu ke sana. Jam 7.30 pagi saya dah terpacak di depan pagar Zoo. Selain Kak Salina editor majalah NUR, yang saya lihat hanyalah saya dan saya jugalah di situ..huhu.. Nak tau satu rahsia. Malam sebelum ke sana saya siap buat survey jalan ke Zoo dengan seorang teman. Thanks sgt2 kerana kesanggupan anda menunjukkan jalan pada Mass yang mmg lemah sket bab2 jalan di KL.
Lepas lepak2 dengan kak Salina kat Zoo, datang sorang demi sorang adik2 Dara.Com dan kawan2 gadis NUR. Disebabkan saya sampai awal, saya diberi tugasan pertama bersama Linda (most cutest Dara.com finalist). Mula2 saya tgk Linda ni agak pemalu, maklumlah.. umur baru 19 tahun. Mungkin agak segan dengan akak dia yang agak ramah ni.
Tinggallah kami berdua di dapur Zoo, lalu diperkenalkan dengan seorang staff di situ. “Nama sy Amir, saya kira ketua jugalah di sini,” Serius Cik Amir kenalkan diri. Lepas kenalkan nama, saya dan Linda terus diberi kerja2. Wah, tahu tak, kami berdua diberi tugasan dapur. Kiranya, menyediakan makanan untuk haiwan2lah.
Betuah kerana semua staff di situ ramah betul. Dalam ramai-ramai lelaki ade juga seorang perempuan. Alia namanya. saya memang solute dengan Alia, krn kerja di bahagian dapur sgt memerlukan kekuatan fizikal. Kiranya Alia punya kekuatan sama mcm lelaki tau, selamba jek angkat guni jagung, betik, pisang dan mcm2 lagi..padahal badan kecik dr saya.
Alia yang banyak membantu kami. Yang menariknya, dalam serius2 Cik Amir dia ajak juga kami keliling Zoo naik lori.. dah mcm miss world lambai org sana sini. beri makan pada harimau, gajah dan bangau.. memang best bagi makan bangau. Time bagi makan tu kami sibuk nak begambar, “Korang bagi je makan, aku amik gambar korang.. jgn nak sibuk begambar jek, keje tak siap,” keke.. Cik Amir marah tu.. dalam marah2 byk juga gambar kami yang di klik.. kuang..
Siap bagi makan, kami kupas jagung.. sampai 4 guni beras banyaknye. Dari duduk, saya berdiri.. lepas tu kebas kaki dan tangan. Linda yang pendiam dah mula jadi ramah dan asyik duk usik mengusik sume orang.
“Cik Amir rupa ade macam Rosyam Nor lah” sempat sy usik Cik Amir time kupas jagung.. “Ko jek aku sampai ke langit pun aku tak naik markah ko,” ngeh3
Lepas semua kerja selesai, Cik Amir panggil kami untuk bagi taklimat akhir. Time tu Cik Amir ucapkan terima kasih. Tersentuhlah juga bila dia cakap kitorg mmg rajin.. (hehe, patah pinggang jugalah..) Linda dengan saya pulak dah tak boleh berenggang.
Finally, it’s time to say gudbye.. dan Cik Amir pun isikan markah kami..
Selesai semuanya, kami kembali menjadi model2 tepian tasik dan kandang-kandang. Posing..posing..posing.. hehe






Banyak lagi gambar sebenarnya tp tak dapat dikesan di mana.. Lin, nak pic atas loriii.. bg makan bangau n byk lagi.. nakkkk…
Dah saya tutup blog dulu.. 21:16 pm

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


apa nih, mana gambarnya sik……..
hehe, baru upload..