05 JunSelamat Pengantin Baru Iela


kim1

Minggu lepas tak dapat turun ke Perlis menyambut kedatangan orang baru dalam hidup teman rapat saya, Iela. Tapi sampai juga gambarnya. cantikkan Iela.. memang Iela ni sgt cantik dan tinggi lampai orangnya. Tidak dpt ke sana, mendapat teriakkan dari Iela ke telinga saya.. “best fren kawen tak mai, tak mau mai Mass kawen,’” rungut Iela beloghatkan utara.. berulang kali mohon maaf dekat Iela sb tak dapat bersama berkongsi kegembiraan kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Apapun, tahniah pada Iela atas perkahwinannya. Imbau kisah lama antara saya, Iela dan Kai.. bak belangkas.. ke mana saja bertiga di kolej. Melalui hari-hari suka dan duka bersama dan merekalah antara yang ada sewaktu saya memerlukan teman utk bercerita dikala berjauhan dari keluarga.

Kai?.. Kai pula, sudah kuranglebih 6 bulan bekeluarga. Puan Kai, haha.. gelihati pulak rasanya. Hakikatnya Kai lah yang paling dulu menamatkan zaman solo antara kami betiga. Saya doakan kebahagiaan Kai dan Iela dunia akhirat..

KIM, itulah singkatan kami.. haha.. kiranya mcm nama kumpulan la.. penah buka Myspace sendiri dan mcm2 pekara menggunakan nama ini. Rupanya pangkal nama kami dah mcm pangkal nama RAHMAN pula.. turutan petanda kawen rupanya.. klu pangkal nama saya dulu.. dah tentu saya lah yang paling awal.. haha

ila

The beauty of Iela

kai

Iela, Kai dan sy di Majlis Perkahwinan Kai

6

ececeh.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Response to “Selamat Pengantin Baru Iela”

  1. sis na says:

    sume org dh kawen, mass bila lg……..

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.