03 JunOh.. It’s My Fault Again


Disebabkan tidak mahu berbelanja membeli heels utk digayakan semasa fotoshot 2 bulan lepas sy terfikir utk mengenakan boot dalam simpanan saya..

Dulu saya memang penggemar boot. Takdelah banyak, dalam simpanan saya adalah 3 pasang boot saya beli, 2 jenis calfhigh boots dan 1 jenis knee boots yang saya beli di Penang. Tapi ape yang sedih kesemua boots milik saya tidak kekal lama.. kiranya tak boleh merasa melaram banyak kali.

4674_1_89_pBoot pertama saya beli cuma RM40 di The Mall, Penang.. sale time tue.. heh. Punyalah seronok sb tak ramai kawan-kawan yang pakai boot lagi time tu. So, sayalah antara yang terawal. Boot waktu tu dipakai dengan jeans.. time tu seingat saya NoorJuma pengacara tue lah yang pakai mcm tue. Nampak sangat elegan dan style habis. Hijrah ke Shah Alam saya bawa sekali boot kesayangan tue. Nak dijadikan cerita, semasa nak pindah rumah dari TTDI ke rumah sekarang saya terbuang plastik kasut-kasut yang mahu dibawa ke rumah baru, yang best tu plastik kasut yang nak dibuang pulak saya ambil.

Nak tahu tak itulah kali pertama saya menangis kerana kehilangan kasut.. haha..

Cerita kedua mengenai boot calfhigh yg saya beli di Penang sewaktu mahu menghadiri inteview di sebuah stesen TV. Memang style habis boot ni sb dibgian heelnya dibuat dari material besi. Kalau dari jauh nampak mcm spring je.. hehe.. boot ni agak mahal, tp disbkan bekenan sgt saya beli jugak. Balik je ke rumah terus saya catwalk depan arwah bapa.. hehe, geleng kepala dia.

Selesai inteview, itulah kali pertama dan terakhir saya memakai boot tersebut sehinggalah saya hari ini. Disbkan terlalu sayang saya simpan rapi boot tu kat dalam almari. Nak pakai ke kelas tak sesuai, nak bejalan-jalan pun mcm over sgt.. so simpan sjlah dengan harapan satu hari nanti boleh pakai ke mana-mana special events.

Tup-tup, special events yang ditunggu tue muncul hampir 2 tahun selepas di simpan.. haha.. saya baru teringat tentang boot yang disimpan.. apalagi begegas saya selongkar almari cari kotak kasut yang paling besar. Fuh, adalagi.. so dengan cermat sy buka, dalam hati dok terbayang gaya saya berposing depan kamera mengenakan boot yang hebat tue.. hehe..

Oh.. its my fault again! saya terkesima apabila mendapati boot yang diharapkan sudah jadi seperti.. aaa, seperti.. huh.. tgk la sendiri..

boot1

boot21

boot3

boot4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Response to “Oh.. It’s My Fault Again”

  1. sis na says:

    laaaa awat sampai jadi camtu, tu la simpan kasut kena bubuh amenda tuh yg ada gbq hippo tuh, baru kulat tk membiak……sian adik ku, kasut tu kita beli sesama kan???…..

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.