01 JunLegging: Get Real Gal..


Topik hari ni diilhamkan daripada pengamatan ‘sepetang’ saya melayari laman sesawang beberapa individu untuk rujukan fesyen, berita terkini dan mcm2lah. Memang sudah lama nak post mengenai trend legging dikalangan penggemar fesyen sekarang tp takot ilmu yang disampaikan tak cukup utk dihujahkan.

Saya mulakan dengan memberi pandangan awal saya mengenai pemakaian legging.. mulanya saya perasan trend legging sgt pesat digayakan remaja jepun atau japanese girl. Jika ade yang perasan, ramai aktress jepun mengenakan legging dalam lakonan mereka. Nampak sgt manis dan style habis. Mana tak sweet, klu perasan gadis jepun mempunyai bentuk kaki yang unik dan comel. Lutut mereka rapat apabila bejalan, jadi mereka sgt sesuai memakai fesyen seluar ketat krn kesusahan untuk berjalan dengan seluar longgar.

legging2

Untuk yang memakai tapi tidak tahu apa yang dipakai, legging adalah sejenis seluar sendat nipis atau biasa dipanggil ‘tight’ di zaman mak, ayah kita dulu. Biasanya ianya dibuat menggunakan fabrik lycra, nilon atau kain cotton. Ada juga daripada sutera dan polyester. Pendek kata legging adalah seluar ketat yang biasanya bewarna hitam yang dipakai untuk melakukan aktiviti separa lasak.

Terperasan dengan keamukan trend memakai legging dikalangan kita menjadi kejutan juga pada saya. Dulu saya terpikir, trend legging tidak akan diterima di Malaysia krn gadis remaja kita tidaklah sehingga tidak rs segan untuk memakai seluar ketat yang nipis spt itu. Rupanya tanggapan saya salah. Sekarang, jika tidak mencuba legging.. kamu adalah out of date..

Bukan untuk menuding jari, siapalah saya menyangkal hak berpakaian anda. Namun saya pasti ramai yang tahu legging adalah pakaian zaman cowboy, yang mana dipakai untuk mengelak lecek di paha atau dirayapi serengga. Legging paling awal dipakai oleh lelaki dan adalah gaya pemakaian orang Rusia pada suatu masa lampau sebagai modern legging.

Tepuk dada tanya selesa..

legging

Cantik kasut..

legging3

Modern Legging.. No with tudung yea..

legging6

Most Famous Style

legging5

Top 5. Oversize top with legging and ‘tudung’.. Get Real Gal!

Saya menutup blog 6:59 pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Responses to “Legging: Get Real Gal..”

  1. cik plum says:

    salam..saye nak tanye pendapat cik mass sendiri yang bakal jadik ikon muslimah pada masa akan datang..dari segi islam..wajarkah pemakaian legging ni?saye bukan nak mempertikaikan ape2 pemakaian orang lain..tapi..hanya nak tanye cik mass sendiri..;)

  2. mass says:

    Salam cik plum, cutenye name.. thanx fer the comment. mengenai pertanyaan cik plum tu sy pasti cik plum sudah ada jawapannya sebelum bertny.. hurm, pastinya dr leteran sy di atas juga sudah tahu apa makna tersiratnya.. saya tidak ada kuasa melarang atau berkata tidak, hanya menegur apa yang mampu.. namun klu dari segi islam aurat tetap aurat krn soal aurat tiada kompromi krn ianya soal hukum. betul tak.. sy juga sdg berusaha meningkatkan apa yg sebaiknya utk diri saya dan berkongsi dgn semua..

  3. cik plum says:

    thanx darl..;) saye harap..cik mass dapat menjadi satu ikon kepada muslimah2 akan datang dengan mengikut landasan2 yang telah ditetapkan oleh Islam..jangan ubah ape2..itu je..dengan cara ini kite berdakwah dan menyampaikan syariat islam..sama2 memperbaiki kelemahan masing2 dari semasa ke semasa..kadang2 sedih lihat muslimah sekarang yang hanya memakai tudung hanya untuk berfesyen semata2..ape2 pun..sya tidaklah mengatakan saya ni seorang yg sempurna dan baik…saya juga memiliki kelemahan..wallahu’alam…saya doakan cik mass berjaya dunia akhirat..insyaAllah..;)

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.