30 MayAKAR berakar..


AKAR.. mungkin ramai yang tak berapa kenal dan tak pernah dengar nama baru ni.. dulunya dikenali ‘Layar Tanchap’.. haaa baru tahu kan? tak perlulah bercerita mengapa ianya ditukar nama, saya pun bukanlah orang yang rapat sgt disebalik program komuniti sosial yang makin menjadi perhatian remaja ini. Minggu lalu saya berbual dgn seorang orang kuat AKAR.. bercerita mengenai misi dan visi masing-masing untuk menaikkan kembali nama AKAR setanding dengan Layar Tanchap yang dikenali dulu.. namun begitu tak usah bimbang, kalangan penggemar AKAR pasti tahu nama hebat ini diterajui awalnya dengan nama lain. Yang pastinya mereka sudah ada pengikut sendiri.

Sebagai hidangan awal, AKAR (dengan nama baru maksud saya) sudah muncul menayang diri buat kali pertama di Laman Seni, Shah Alam awal tahun lalu. 29 Jun nanti bakal mengaum kali kedua di lokasi yang sama. Ini petanda baik, kerana pada saya program seperti ini adalah satu konsep hiburan era baru yang perlu dipuji.

AKAR saya kira mempunyai kemampuannya tersendiri untuk menguasai persada hiburan. Membawa konsep yang santai dengan memberi peluang kepada remaja mengenengahkan bakat dengan sopan, AKAR mampu memberi impak lain dan tersendiri. Apa yang diberitahu, AKAR punya tatacaranya tersendiri.. setiap komuniti perlu berpakaian tradisional semasa program.. kawasan terlibat tidak dibenarkan menhisap rokok..

Jelas, tinjauan saya pada awal tahun lalu ada benarnya.. hiburan seperti ini dapat diterima minda saya. Saya selesa menikmati muzik dan drama layar dengan cara begini. Pada yang tidak tahu.. di AKAR, pegisiannya sgt simple.. kamu boleh mempersembahkan bakat melalui nyanyian, kreativiti seperti tayangan video, fotografi, art work dan banyak lagi. Tidak perlu menjadi artis terkenal.. malahan kumpulan Hujan suatu ketika dulu adalah performer AKAR. Hanya datang dan mendaftar.

Pendek kata, datang saja ke sana bawa keluarga.. duduk di tkar mengkuang yang disediakan dan nikmati hidangan mereka.. untuk pegisian AKAR pada masa akan datang.. kami merancang yang lebih daripada apa yang kamu lihat sebelum ini. Pecaya atau tidak, program ini sudah di’proposal’kan dengan rasminya untuk rujukan pihak2 berkenan. Tunggulah sedikit masa lagi.. kamu pasti mencari AKAR..

11

21

7

8

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “AKAR berakar..”

  1. cik plum says:

    owh..first n last saye pergi adalah 2007kot..yang dibuat di shah alam.. ;)

  2. mass says:

    ow ye.. masa tu la ade gruo Hujankn.. :)

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.