28 MayLibrary Tukar Baju


Sekarang time lunch, curi masa sikit update blog.. huhu.. so dalam masa 10 minit saya akan menulis seberapa banyak cerita mengenai kisah Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Rebranding PPAS).. kira mcm tukar bajulah.

logo-perpustakaan-300x192Saya terlibat dalam persiapan menjelang Majlis Perlancaran tersebut. Seingat saya masa belajar di MSU dulu ada juga saya ke PPAS dengan rakan-rakan buat rujukan dan discussion. Tp biasanya kami akan ke sana menjelang peperiksaan final shj.. itu pun konon2 nak study tp sebabkan terlalu sejuk aircondnya, sy hny akan bertahan selama setengah jam hingga sejam shj.

Penjenamaan semula ini saya lihat sgt bagus sebagai satu langkah memupuk minat cintakan buku.. sewaktu meninjau persiapan di sana bersama Kak Mas (Pengarah PPAS), dia begitu bersungguh-sungguh menyatakan hasratnya menjadikan hub ilmuan ini berbeza dari sebelumnya. Ketara juga perubahannya, warna2 pastel yg sebelum ini mencorak dinding sudah ditukar dgn pinted wallpaper yang lebih colourful. Di tingkat bawah PPAS terdapat ruang santai yang memuatkan Sofa hijau dari IKEA untuk kelihatan lebih cosy.

Wah, saya sendiri terasa mahu selalu ke sana.. bkn shj ketenangan yang di cari.. malah pelbagai jenis buku yang sukar di cari boleh dijumpai di sini.. mungkin agak asing bercerita mengenai perpustakaan tp apa yang sy lihat sepanjang 2 hari di sana.. bukan shj kanak-kanak dan ibubapa, remaja juga antara yang paling ramai mengunjungi PPAS. Pasti selepas ini ada lebih ramai kumpulan2 manusia yang berkunjung ke sini dan menggunakannya sehabis boleh.

Bosan menunggu, saya snap gambar untuk tatapan semua, di bawah adalah kerja-kerja pemasangan kanopi dan kelengkapan jamuan. Tq to all the crews yang rajin bekerja walaupun cuaca sgt panas..

:: Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali (Shahih tirmidzi) ::

0117_152309

0117_152643

0117_152505

0117_152527

0117_152039

maspeace

Sempat lagi..aih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.