Update sikit tentang evening dress yang bakal saya pakai pada final Pencarian NUR-Dara.Com Ogos ini. Tidak terlafaz rasa terharu kerana costume pada malam tersebut bakal mendapat sentuhan pereka terkenal Adnan Jaafar.
Cerita sedikit mengenai nama besar ini, beliau sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia fesyen dan merias ramai golongan ternama.. dan apa yg menarik abg Nan sendiri yang menawarkan diri untuk menaja pakaian saya pada malam tersebut sewaktu pertama kali pertemuan kami di Karangkraf ..
Memang tak sabar rasanya mahu melihat sendiri dress direkanya. Dress pada malam tersebut perlu mengadunkan samaada warna purple dan gold atau memilih salah satu warna, itulah yang dapat saya gambarkan.. namun hasilnya masih belum saya lihat. Ada juga hubungi abg Nan, tp katanya tunggu hingga siap baru dia akan panggil saya untuk fitting dan memilih gaya tudung yang sesuai. Kelakarnya, abg Nan ada juga ceritakan pada saya tentang rekaannya.. tp tak dpt saya gambarkan.. Katanya “Mmg Mas tak faham pun, nanti tgklah sendiri..”
Saya sendiri masih belum terfikir rekaan tudung sepertimana yang paling sesuai. Tunggu tengok dressnya dulu, baru pikir style tudung yang sesuai.Jika abg Nan ada membaca, ingin sgt Mass ucapkan jutaan terima kasih atas segala keringat bakti dan kebaikan abg Nan sudi menaja dress Mass. Ikutkan, kalau tak ditaja susah juga saya nak mencari-cari pereka dan mengilhamkan sendiri rekaannya.
Ini adalah satu penghargaan dalam hidup saya. Alhamdulillah, saya percaya pada rekaan abg Nan.
Sweet Egyptian
Macam Cinderella kan..
So decent.. I like

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

