23 MayFashion Maniac


Terbaru mengenai dinner Alumni FISE, MSU.. itulah kali pertama saya menghadiri dinner dianjurkan Uni. Sebetulnya saya hanya secara tidak sengaja terlibat secara langsung sebagai komuniti yang paling penting.. yeaa.. saya bertindak sebagai Production Manager pada hari kejadian. Terlalu sibuk dengan urusan documentation, persiapan dan lain-lain tugasan awal membuatkan saya agak terlepas dari memikirkan tentang persiapan diri sendiri pada malam tersebut.

bangleBercerita mengenai dress code sebenarnya amat mengujakan saya. 3G..Green, Gorgeous, Glamouros..  Nak pakai apa ni? itu yang terpikir sejak awal tp tidak berlaku apa2 juga.. hanya bertanyakan beberapa orang rakan sekerja dan akhirnya google search jugalah penyelesaian segala masalah.. huhu..

Fashion mania, itulah pencarian pertama saya di ‘search engine’.. wah agak agresifkan bunyinya tp hasilnya tidak begitu membanggakan, apa yang saya dapat hanyalah beberapa evening dress gaya inggeris yang sebenarnya tidak langsung menarik minat saya dan agak keterlaluan untuk digayakan di majlis seperti itu. Lalu saya terfikirkan tentang koleksi abaya milik saya yang ada diantaranya masih belum dipakai. Yea, kali ini saya mahu memakai abaya.. ‘arabian gurl comes to u’.. decent dan style.

Arabian Girl.. folder simpanan saya clik.. inilah fashion maniaq yang sgt tepat untuk disokong. Koleksi gambar simpanan tidak cukup, saya cari lagi di google.. wah, impress.. saya mahu gayakan kesemua fashion yang ada. Namun, tidak semua fashion boleh digayakan kerana mengikut kesesuaian budaya dan penerimaan orang sekitar, saya cuba meminimakan idea yang ada.

eg4

Bercerita mengenai fashion maniaq, arabian fashion adalah yang paling popular hari ini. Ramai gadis-gadis melayu begitu mengagungi gaya fashion begini. Saya percaya, keterlibatan dalam gaya fashion arab ini adalah sesuatu yang baik dan tidak perlu diperkecilkan. Apa salahnya mengikut fashion begini dari mendedahkan tubuh mengikut fashion2 barat..

eg1

abaya3

Hasilnya.. sy cuma menyarungkan abaya hitam ‘all black’ koleksi peribadi dari M.A Lady dan Shayla yang saya beli sewaktu pulang ke Penang dulu. Saya kenakan abaya belah tengah dengan seluar hijau ala arabian nite girl yang saya beli di mall beberapa jam sebelum ke dinner.. hehe (actually dah lama saya survey), cincin dan gelang pelengkap gaya.. Calitan sedikit celak dihujung tirus kelopak mata untuk tampak lebih abayish..

mas

Gotcha!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.