Tepat 5.30 petang sy menjejakkan kaki ke ofis. Selesai fotoshot NUR sy tak berlengah, ya lah.. janji dengan boss separuh hari sahaja. Tak tahu pulak sehari suntuk shooting kali ni.
Fotoshot NUR kali ini menghimpunkan kesemua finalis NUR, hanya 2 org tak dapat hadir. Jadi tak hairanlah kami terpaksa mengambil masa yang lama untuk selesaikan shooting. Azura sedang dalam pantang dan seorang lagi demam teruk katanya. Tinggallah kami 10 orang distudio ditemani adik-adik manis model Dara.Com.
Sampai di Karangkraf jam 8.30 dan orang yang mula sy sapa adalah Ila dan Amy. Nasib baik la sy kenal diorg, maklum sajalah.. susah juga nak igt nama masing2. Sy lihat Amy sgt berlainan dari dalam majalah.
Lama kelamaan nampak makin ramai yang dtg. Antaranya Amrina, Sarah, kak Dina dan lain-lain. Satu persatu nama sy recall semula. Sometimes pictures lying to much.. haha.. hati kecil sy tergelak. Kak Dina adalah antara yang sy sgt nak lihat kerana dia nampak sgt sweet dalam gambar. Tp bila jumpa tekejut sy lihat, dia nampak sgt lain.. bg sy dia lebih sweet di luar. Kecil molek orangnya.
Sesi melukis muka bermula. Teruja apabila wajah sy mendapat sentuhan make-up artist dan fashion designer terkenal iaitu Adnan Jaafar. Yang sy tahu abg Nan memang sudah lama dlm industri solekan malah hebat dalam fesyen juga. Alhamdulillah, kami mudah mesra.. tq abg Nan krn merias muka sy dgn begitu tekun.. tak terlepas setiap inci belekannya.. huhu..
Selesai mewarna wajah, sy mengenakan pakaian yg dipilih oleh Richi Rachman. Paling seronok apabila baju sy adalah baju pilihan pertama abg Richi. ” Merasa u pakai baju ribu2,” itulah kata2 abg Richi. Sy mengenakan dress labuh rekaan Jedane.
Sume sudah settle, sy dan Amrina ke lokasi pengambaran.. cewah.. walaupun ini bkn kali pertama, namun sy masih merasa asingnya suasana di sini. Namun kemesraan abg Richi, kak Mashi, kak Salina dan lain2 memudahkan pergerakkan kami. Masih teringat sewaktu sy perlu duduk di atas kotak setinggi 4 kaki. Amrina, Ila dan Amy begitu membantu mengangkat sy ke atas.. haha.. yang kelakarnya lepas tu terasa mcm melayang2 di angkasa sambil kaki mula rasa kebas sb dihenyak tangan Ila ke paha.. apa nak buat, teknik fotografilah katakan. Layannn…
Selesai makan tengahari dan zohor, kami diberi taklimat. Antara pengisiannya adalah tatacara, syarat dan peraturan dan jadual Jelajah NUR sepanjang program sehingga ke Pertandingan Akhir di Matrade. Setiap pergerakan kami juga dirakam.
Pengalaman di siri Jelajah NUR yang pertama ini begitu menguji daya saing dalam diri sy. Mulanya sy terasa kerdil bersama dgn rakan-rakan model yang lain, namun apabila sehari bersama sy mula menanam kekuatan dalam diri. Akhir perbualan dgn Kak Lin, dia banyak memberi kata2 semangat kpd sy. Thanx alot juga utk boss2 NC yang begitu sporting dan supportive.
Berikutan siri jelajah NUR itu td lah membuatkan sy masih di ofis malam2 begini. Menyelesaikan hutang kpd boss. Walaupun penat terpaksalah. Ini juga dinamakan pengorbanan. Ya Allah, ngantuknyaaa..
Saya menutup blog 8:32 pm

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

