18 AprAhlan Mohamad Aqief


Pagi sabtu selalunya, tak banyak kerja kalau tak ada event. Kerja memang ada, tapi mungkin disbkan mood cuti hari minggu membuatkan kami di sini agak slow sikit kerjaannya.. hehe. Teringat nak menulis blog mengenai pertambahan baru ahli keluarga dalam salasilah keluarga Tuan Hj Mohamad Hj Mahmud, arwah bapa sayalah tue.

Tahun ini kami menerima ahli baru, alhamdulillah akhirnya Mohamad Aqief Mazri iaitu putera kedua abang saya tiba dalam penuh kerahmatan. Lama menanti untuk menulis entri kali ini, tapi asyik terlupa nak transfer gambar dari hp.

Mohamad pada pangkal nama adalah datang dari nama arwah bapa. Kata abang Mazri dia mahu semua anak lelakinya mewarisi pangkal nama arwah bapa. Aqief pula bermaksud fokus.  Sempena kelahiran anak sedara baru dan kebetulan pula sama bulannya dengan hari jadi anak sedara sulung iaitu abang Mohamad Aqief, namanya Mohamad Aqiel.. (abang saya peminat Akhil Hayy), saya ke rumah mereka di Taman Melewar, Gombak. Tau apa yang sy bawak.. apalagi hadiahlaa..

0124_151909

Untuk Aqief sy belikan set pakaian baby. Bukan senang nak mencari rupanya. Letih juga sy memilih. Antara kriterianya seperti di bawah. Bolehla dikongsi dgn semua:

1. baju tu biarlah besar supaya tahan lama

2. berlengan panjang supaya tidak sejuk utk dipakai keluar

3. berjenama sikit supaya nampak begaya sikit si pemakainya

4. dan paling susah nak mencari yang paling berbaloi harganya.. tak kisah mahal sikit, utk anak sedara sendiri jugak, apa salahnya.

Untuk Aqiel pulak, lagila susah nak memilih. Kriteria untuk Aqiel pulak seperti berikut:

1. Nak cari yang tak bising bunyinya supaya tak mengganggu ketenteraman awam. Klu bebunyi juga, biarlah tak kuat sangat.

2. yg tak bahaya untuk dia dan orang lain.

3. yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar supaya tidak bersepah di dalam rumah. Meaning, yang tidak berbiji2 dan tidak banyak setnya mcm permainan lego.

4. Paling susah nak mencari yang disukai oleh budak lelaki berusia 3 tahun. Penting untuk umur dan mencapai interestnya. Biarlah yang ada motif.. hehe

Nak tau apa yang sy beli.. untuk Aqiel.. ada yang kata sy pencetus keganasan. Tp sy rasa, sy cuma mahu pastikan Aqiel menjadi benar2 lelaki..

Saya menutup blog 11:32 am

kek1Kek harijadi Aqiel.. abg saya yang tempah

mikiHadiah untuk Aqief

0124_114310Hadiah untuk Aqiel.. nanti besar jangan takot pertahankan agama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.