Semasa rehat solat jumaat td, sy hubungi mama. Ini memang rutin harian, cuma selalunya saya akan call mama pada waktu malam.. mungkin kerana terlalu rindu, sy call juga siang tadi. Bukan apa siang susah sikit, kadang-kadang mama sibuk dengan hal perihal rumah dan cucu-cucu cilik. Imani dan Hanani memang tinggal di rumah lepas waktu sekolah.
Sembang punya sembang, tekeluar lagi soalan bonus. “Hari wesak boleh balik, cuti time tu kan?” cepat saya memintas, “Tak dapat balikla mama.. ada event(kerja),” tetiba rasa sebak juga sb sebetulnya saya memang plan nak balik cuti hari Wesak tapi tetiba kena handle event Audition PNC kat DPMS.
Sebut pasal sebak, teringat plak beberapa hari yang meninggalkan kesan yang agak sentimental dalam agenda harian sy. Entah kenapa sejak kebelakangan ni suka ingatkan kenangan lama. Teringatkan manusia lalu yang datang dan pergi dalam hidup sy dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam sejarah hidup sy.
Merindu masa lalu kadang kala berlaku dalam dua keadaan. Satu, di mana perkara atau keadaan tersebut berlaku hampir sama pada masa sekarang. Kedua, sama ada terlalu kita sengaja memikirnya hanya kerana mahu melayan perasan sendiri. Itu mungkin disebabkan mendengar lagu-lagu kenangan atau kerap bercerita perkara lepas dengan orang lain.
Manusia memang mcm tu rsnya, bukan hanya sy orang lain juga pasti merasai perkara yang sama. Sy ketawa dan bergurau, tetapi ada masanya dalam ketawa jiwa sy tersentap kerana teringatkan seseorang. Rindu pada masa silam.. mungkin dapat disimpulkan di sini. Hari ini sy sibuk bekerja siang dan malam. Nampak macam tak ada life.. mungkin betul tak ada life, tapi tetap ada ms fikirkan soal masa silam dan masa depan..
saya menutup blog 6:05 PM

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

