Semalam ketika pulang dari kerja, sy terdengar tazkirah Prof Izi Hj Yahya.. Antara yang diperkatakannya, wanita amat mudah ke syurga.. Pasti semua orang juga tahu tentang itu. Bait terakhirnya yang menarik perhatian saya, katanya.. “Jadi kepada wanita-wanita, carilah suami yang hebat supaya dapat membawa kamu dengan mudah ke syurga”. Begitulah lebih kurang apa yang disampaikan. Sy terfikir, suami ini adalah anugerah Allah. Hebat atau tidak dia, bukan mudah untuk ditentukan sebelum berkahwin. Mudah ke untuk seorang wanita mendapatkan lelaki yang hebat jika dia sendiri tidak sehebat mana. Dan apakah yang dimaksudkan suami yang hebat.
Hebat pada saya tentulah si suami memahami tentang agama, maknanya dia lebih mendahului kita dalam soal agama. Kerana bermula dari seorang yang memahami agama maka akan lahirlah jati diri yang tinggi dan tanggungjawab terhadap keluarga. Jika sempurna solatnya maka lembutlah jiwanya, tidak kasar, bertoleransi dan tahu disiplin diri.. ini kerana solat yang sempurna akan membentuk perubahan dalam jiwa manusia. Agama mengajar umatnya bersih, maka jika dia seorang practising islam, dia tahu tentang kebersihan dan kekemasan.. dalam erti kata lain menjaga penampilan (Itu sgt penting pd saya.. huhu). Maka kebersihan juga menuntut dia sihat dan menjaga tubuh badan. Jika rezeki yang dicarinya dan makanan yang dimakannya halal, maka anak yang bakal dilahirkan juga pastilah yang baik akhlak dan mendengar kata. Jika dia berpuasa, maka dia mampu menahan diri dari ternoda oleh syaitan, menjaga pandangan dan pertuturan. Jika dia mengetahui hukum agama maka amat mudah untuk dia memberi nasihat dan tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya. Maka si isteri akan sentiasa menghormatinya dan menjaga aibnya.
Suami yang hebat pastinya tahu siapa isterinya dan berkomunikasi dalam setiap perkara. Suami yang hebat tidak hanya memberi teguran malah mampu menerima teguran. Namun, ramai yang kata susah menjumpai lelaki seperti ini.. mungkin itu pendapat peribadi. Apabila seseorang pernah mengalami pengalaman pahit dalam hidup maka pengalaman itu akan sentiasa mendorong dirinya untuk menolak fitrah hidup. Perkara itu biasa berlaku, namun jika seorang wanita mahukan suami yang hebat, maka dia juga harus mula menjadi hebat. Selamat mencari suami yang hebat!

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

