Malam semalam ada agenda menarik di ofis, semuanya kerana WSK.. ucapan terima kasih atas solat hajat yang dibuat. Sebelum mula solat Ustaz ada briefing tentang tertib solat hajat. Kata ustaz walaupun solat hajat ini dikhususkan pada orang lain, namun setiap doa akan berlipat ganda berbalik pada kita. Maknanya, kalau kita minta keselamatan untuk orang lain.. maka kita akan mendapat keselamatan yang lebih berganda. Naik sebak apabila melihat semua sujud mendoakan hajat yang dikhususkan. Terima kasih pada semua yang menunaikan solat semalam.Syukur atas rezeki ini.
Saya sempat tanya King, apa yang King minta lama sangat sujud tue.. Jawab King, “saya minta kete akak..” ahaks..


Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


Akak…. Nape sebak? Sy pn sebak jugak tau? :’-)