Mendalami ilmu fesyen bererti menempuh kesukaran dalam berpakaian. Tatacara, sejarah dan revolusi adalah permasalahan yang tiada noktah. Saya sukakan fesyen yakni minat melihat pada kecantikan dan keunikan dalam berpakaian, tidak bermakna saya orang fesyen atau tahu semuanya tentang fesyen. Kalau hari ini saya katakan saya berpakaian sudah mengikut fesyen, persoalannya adakah apa yang dipakai selari dengan fesyen hari ini atau fesyen yang digubah oleh pereka-pereka handalan kita. Itu sangat subjektif.
Sedang enak berperang idea dengan seorang rakan cyber, memberi satu lagi idea kepada saya untuk mengisi ruang blog.
[11:36] nik hafiz: awk suka pakai abaya ek?bagus laa
[11:37] nik hafiz: nnt awk kena pastikan satu msia pakai
[11:37] nik hafiz: jadikan misi yea
[11:37] marsyadania: misi ni susah
[11:37] marsyadania: sb abaya mahal
[11:37] marsyadania: tp alhamdulilah
[11:37] marsyadania: dah ramai yang terikut
[11:38] nik hafiz: yay!!!
[11:38] nik hafiz: mahal ke?bape a satu?
[11:38] marsyadania: 250
[11:38] nik hafiz: Allahh..buat dari kertas laa
[11:39] nik hafiz: buleh murah
[11:39] nik hafiz: )
[11:39] nik hafiz: taklah gurau je
[11:39] nik hafiz: hehe..
[11:40] nik hafiz: apa yg jadikan org nak beli gucchi,levis,vincci,d&g
[11:40] nik hafiz: ???
[11:40] nik hafiz: bukan sbb jenama tau..tapi sbb minda dah dijajah
[11:41] nik hafiz: kita jadi bodoh..tak tau nak nilai sbb jenama saja barang tu jadi 3 4x ganda mahal
[11:41] nik hafiz: so kita kena perbetulkan minda org kita..kena dakwah laa..
[11:41] nik hafiz: yay!!!
[11:53] marsyadania: huhu
[11:53] marsyadania: klu ikutkn
[11:53] marsyadania: abaya pun adalah jajahan
[11:53] marsyadania: jajahan trend
[11:55] nik hafiz: fight fire with fire..klu kafir guna fesyen utk jadikan org kita pakai seksi,kita guna fesyen utk tutup balik aurat org kita.
Mungkin apa yang dikatakan itulah yang perlu diperjelaskan. Terlalu mengikut trend sehingga lupakan batasan itulah yang berlaku pada orang kita. Saya sendiri pernah terpedaya dengan jajahan trend sehingga saya sedar sendiri, ini bukan cara kita.. ini tidak selari dengan jiwa saya. Bagaimana klu mencorakkan sesuatu yang lebih peribadi sehinggakan kalau pun itu bukannya trend tetapi ianya tetap boleh diterima dan menjadi ikutan.
Maksud saya, mengikut arus fesyen tidak semestinya berpakaian terdedah. No..no..no..


Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


cantek la background…