Beruntung saya kerana dapat sama-sama mendengar beberapa tip dan pendedahan mengenai kanser ketakutan wanita. Ini kerana, baru-baru ini saya telah mengendalikan sebuah program wanita dipanggil ‘Breast Cancer Awareness’.
Di sana saya sempat mendengar luahan hati Seniwati Azean Irdawaty yang menceritakan pengalamannya. Pasti juga semua orang tahu kenapa Azean selalu muncul dalam program seumpama. Tak perlulah saya bercerita panjang.
Apa yang dapat saya kongsi di sini. Setiap wanita mempunyai peratusan yang tinggi untuk mengidap penyakit ini. Setakat ini, bagaimana barah ini boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). Begitulah misterinya penyakit yang menjadi ketakutan wanita ini.
Saya berpeluang mendengar ceramah Dato’ Dr Siddiq Mohamad mengulas tentang isu ini. Saya harap agar kaum wanita akan lebih peka kerana saya sendiri sebenarnya jarang mengambil serius perkara begini sebelum ini. Di sinilah gunanya doa disetiap pengakhiran solat “… Ya Allah jauhilah aku dari penyakit dan perkara berbahaya..”


Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

