Jatuh cinta pada abaya.. ini semua berlaku sekelip mata apabila NC memutuskan untuk mewajibkan setiap pekerja memakai jubah di setiap hari jumaat. Terfikir dalam hati, koleksi jubah saya sangat sedikit malah saya tidak gemarkan jubah rekaan biasa kerana terlalu ramai yang memakai. Mungkin kerana selalu memikirkan tentang kelainan dalam fesyen saya teringat mengenai perbualan saya dengan datuk Shah Reza sewaktu mengendalikan Malam Santapan Amal Seni di Raja tahun lepas. Dia banyak menceritakan pada saya mengenai pakaian bernama abaya dan kenapa abaya menjadi ikutan di Malaysia. Dari situ saya mula bercerita mengenai abaya kepada ramai kenalan hinggalah tersebar ke pengetahuan seorang hambaAllah yang berada di Oman. Entah bagaimana perkara ini berlaku, minat mendalam pada jubah abaya mendapat sokongan daripadanya. Akhirnya abaya jadi pilihan saya malah sudah memilikinya.

Abaya menarik pada saya kerana ianya memungkinkan pemakainya kelihatan sofisikated dan ranggi dalam masa yang sama. Tidak banyak menolak budaya Malaysia, abaya saya lihat mampu membawa imej pemakai ke tahap yang tinggi.
Tau apa rahsia abaya, kamu akan kelihatan sangat moden menyarung abaya diluar sambil masih mengekalkan pemakaian jeans atau apa saja pakaian di dalamnya. Saya melihat cara begini lebih baik dari terus mendedahkan liuk tubuh pada umum. Jangan risau jika ada yang akan berpendapat kamu sudah berubah kerana abaya, abaya adalah trend semasa sama seperti tudung wardina, tudung ekin atau trend retro suatu masa dulu. Semuanya adalah kehendak trend semasa.
Niat untuk berubah adalah masa yang paling sesuai dengan memilih abaya. Saya sudah lama melalui hari-hari mendung. Memakai bermacam jenis pakaian mengikut trend.. seksi atau tidak.. inilah masanya untuk melakukan perubahan. Memilih alternatif untuk tampil sebagai muslimah di bumi Allah.




Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

