Sektor perkhidmatan dewasa ini sangat menjadi-jadi di Malaysia, banyak perniagaan seperti ini tumbuh dengan pesat. Saya salah seorang tenaga kerja yang bekerja sepenuhmasa di sektor perkhidmatan iaitu mengendali event management.
Namun atas desakan minat yang mendalam dalam bidang fesyen dan kecantikan saya mencuri masa melapangkan diri dalam satu perniagaan lain sebagai memenuhi impian iaitu menubuhkan butik pakaian wanita. Pada mulanya saya hanya merancang untuk menjual tudung atau hijab sahaja sebagai pengkhususan dalam perniagaan, namun Allah telah menemukan saya dengan beberapa hambaAllah yang begitu memberi sokongan dalam menjayakan misi menyampaikan dakwah dalam berpakaian. Awal Januari lalu saya telah ditawarkan oleh seorang individu untuk meluaskan perniagaan menjual bukan hny tudung tapi juga baju (abaya). Memandang modal terlalu besar saya tidak berani menyatakan kepastian, namun sekali lagi doa mengatasi segalanya.. hajat yang terpendam dipermudahkan dari-Nya. Saya kini bergiat mempromosi pakaian abaya (pakaian arabian/abayish) sebagai satu lagi revolusi unggul remaja Malaysia waktu ini. InsyaAllah saya akan mengulas satu persatu mengenai pemakaian abaya dan trend yang cuba saya bawakan menerusi koleksi abaya dari M.A Lady Couture.

Tidak hanya M.A Lady saya sebenarnya bermula dengan perniagaan andaman pengantin, iaitu M.A Rias. Bermula dengan modal yang sederhana saya mula mencetuskan ilham di wajah beberapa orang individu yang percaya pada kesungguhan saya. Alhamdulillah, impian saya itu juga tercapai dan hari ini saya sudah rasa gembira dengan respon yang baik dari pelanggan.
Masa mengatasi segalanya, jadual harian saya begitu padat dengan jadual kerja yang tidak ada had, mengendalikan M.A Lady, M.A Rias, dan beberapa agenda impian yang masih dalam perancangan dan percaturan. Ini juga membuat setiap perkara saya lakukan secara santai. Jangan hanya kejar dunia. Kita hidup tidak lama. InsyaAllah, Allah tidak pernah mengenepikan saya dalam perhatiannya. Semakin terlihat hasil apa yang diusahakan mempunyai imbuhan yang baik.
Alhamdulillah Allah.
Laman Web M.A Lady Couture
Laman Web M.A Lady Couture

Laman Web M.A Rias

Laman Web M.A Rias

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

