12 FebRumah Aman dekat di hati


gse_multipart32291Salam bertemu, alhamdulillah hari ni smpi juga saya di Rumah Aman, seksyen 2 setelah berhari-hari tertangguh kunjungan ke sana untuk bertemu dengan Puan Rosnah. Saya dan Sufi ke sana jam 11.10 minit pagi dan sampai di sana tepat jam 11.30. Tepat pd masa..yeah. Saya lihat Sufi teruja, macam-macam soalan yang ditanya sepanjang dalam perjalanan ke sana. Sampai di sana kami di sambut mesra Puan Rosnah. Perbincangan terus dimulakan dan kami membincangkan banyak perkara dan alhamdulillah Puan Rosnah sangat memberi kerjasama.

Mungkin ramai yg kurang tahu tentang Rumah Aman. Rumah Aman adalah sebuah rumah kebajikan anak yatim yang ditubuhkan pada 2005. Rumah kuning rekaan istana zaman Rom ini memuatkan 30 orang anak-anak comel. Anak-anak di sini hanya di kalangan mereka yatim, yatim piatu dan termiskin. Masing-masing punya kisah keluarga yang agak tragis. Hati saya menjerit kagum, apabila seorang anak lelaki kecil memberi salam lembut lalu bersalaman dengan kami.

Itulah yang membuatkan saya terdetik untuk menulis pada kali ini, walaupun sebenarnya lebih dari satu kunjungan penah saya buat sebelum ini di tempat lain. Pengalaman kali ini adalah yang julung kali dan unik sekali. Selesai berbincang kami di bawa melihat seluruh pelusuk Rumah tersebut termasuk melihat dapur, bilik air, bilik menggosok pakaian, bilik darjah, bilik menonton tv, surau, cara pakaian diatur malah bilik pengasuh juga.

Anak-anak baru pulang sekolah, ada yang sedang bersiap untuk ke sekolah semua begitu teratur. pakaian kemas di dalam almari dan mereka begitu comel dengan memakai kemeja kotak2 dan seluar kemas. Wajah mereka malu tapi mahu.. huhu.. sungguh comel, sungguh menerujakan saya dan Sufi.

Saya berdoa agar Tuan Abdul Rahman dan isteri iaitu founder Rumah Aman yang bukan warganegara Malaysia itu akan berjaya dengan misinya yg lain-lain. Sempat saya berborak dengan Tuan Abdul Rahman yang langsung tidak boleh berbahasa melayu menerangkan tujuan saya ke sana. Sayangnya hanya 2 keping gambar sahaja sempat saya snap untuk kamu.

Kami akan bawakan keceriaan ke sana insyaAllah pada 1 Mac nanti.

Baju-baju dikelaskan

Baju-baju dikelaskan

Bilik dikemaskan sendiri

Bilik dikemaskan sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.