Salam Awal Muharram dan Selamat Tahun Baru 2009, wah pejam celik dah sampai ke tahun baru.. apa cerita azam tahun lepas, dah terlaksana atau pun masih belum mula. Waktu hari ini banyak mengejar kita, apa saja yang difikirkan perlu dilakukan segera, perlulah disegerakan.
Tahun 2009 saya bermula berbeza untuk tahun ini. Sewaktu orang lain sibuk membilang detik 12 malam saya masih lagi di Suite 303 Carlton Holiday untuk last touch tudung yang akan dipakai emi pada majlis resepsinya di Club Shah Alam. Sewaktu mengenakan tudung pd Emi malam itu Ada mencelah “Kak Mass, dah masuk tahun baru” kami hanya ketawa, terdetik dalam hati tahun 2009 pasti menjanjikan kehidupan yang lebih mencabar melihatkan kesibukan hari ini sehingga tak sempat manjakan diri.
Semalam 2 Jan saya mencuri masa cuti dengan merehatkan diri di Spa Reflesia. Sekali sekala meluangkan masa untuk diri sendiri adalah satu cara berterima kasih pd khudrat yang diberi Allah SWT.
Bercerita mengenai perkahwinan Emi mmg menyeronokkan. Saya menguruskan hampir 80 peratus majlis tersebut, bermula dari make-up pengantin, rekaan tudung, flow acara, pengurusan pentas, persembahan silat, artis,kompang, pengacara, tempahan Club, fotografi, multimedia presentation, konsep majlis dan banyak lagi.
Awal pagi saya berada di rumah Emi untuk Make-up dan andaman tudung, tepat jam 8 pagi kami bergerak ke Masjid Negeri Shah Alam untuk akad nikah. Fasa pertama semuanya berlaku mengikut perancangan flow.
Fasa kedua di Club Shah Alam, kami lewat 10 minit kerana rombongan pengantin lelaki lewat sampai namun tepat jam 2 ptg kedua rombongan sudah tiba di lobi Club Shah Alam.
Secara peribadi saya berpuas hati dengan hasil tangan saya merias Emi. Seluruh idea dan keringat saya usahakan untuk menjadikan Emi berbeza dari pengantin-pengantin lain. Emi yang bertudung labuh memberi satu lagi cabaran buat saya untuk memperlihatkan kelainan dalam pengayaan tudungnya. Saya percaya sesuatu yang dilakukan sepenuh hati akan mendapat hasil terbaik.

Namun, setiap perjalanan dlm hidup tidak semuanya perihal baik shj, sy tetap diuji dalam beberapa perkara. Niat untuk meringan beban rakan yang sibuk disalah ertikan. Kadang kala kita terlepas pandang atas kata-kata dan adab dalam berhubungan. Saya belajar seperkara lagi dalam perihal bekerja. InsyaAllah suatu masa nanti saya pasti jadi seorang pekerja yang hebat.. Amin
saya menutup blog 11.24 am

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

