Baru ini saya bertemu dengan seorang rakan virtual di rumah terbuka NC di Yayasan Restu, gadis manis Mujahiddah Mawaddah kelihatan begitu teruja berjumpa saya. Dia dtg ke depan bertemankan seorang rakan NC. kenalnya “ini la sis mass,” dia tanya saya kenal tak siapa dia.. Alhamdulillah kuat pula ingatan saya pd waktu itu “kenal, mujahiddah..” saya jawab penuh konfiden.. terus terang dalam hati saya masih samar2 siapa orangnya.
Kalau Mujahiddah ada membaca, sis sgt gembira berjumpa kamu. gadis manis yang sangat menarik perhatian saya. lembut dan sangat pemalu.. gambaran gadis yang sis cari dalam hidup sis selama ini.
Saya juga berceloteh dengan seorang lagi gadis virtual. semenjak menulis blog, ramai pula kenalan virtual baru yang saya kenal malah yang mengenal saya tanpa saya mengenal mereka (ahai..) dan yang paling membuat saya terharu apabila saya berbual dengan anis. “bila sis nak tulis cerita best lagi, pasal gadis2,” terkedu saya mendengar kata-kata dr anis. dan lepas itu panjang lebar lagila perbualan kami.
Balee juga pernah usulkan satu cerita pada saya untuk saya utarakan diblog, malah dia juga selalu memberi komen2 kepada saya melalui IM.
di sini saya ingin ucap ribuan terima kasih kepada pembaca sekalian. saya juga dapati ranking pembaca semakin menaik. bukan apa sebelum ini kadangkala saya terasa seolah-olah blog yang ditulis tidak banyak menerima pembaca atau mendapat impak pada pembaca.. InsyaAllah selepas ini saya akan utarakan cerita-cerita menarik untuk mengisi masa pembaca semua.
bak kata abg razin, tulislah apa yang kamu suka.. tu kan blog kamu..
saya menutup blog 19:00

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

