Sebenarnya banyak perkara yang bermain di kepala, banyak sungguh agenda yang mahu saya utara..namun kesibukkan hari ini menolak semua yang tidak terlalu penting ke tepi seketika. Kala ini jam ofis 6.40 petang, saya masih lagi menguruskan urusan rumah terbuka kedua Nasyeed.com selepas rumah terbuka pertama di Yayasan Restu baru-baru ini. Pasti ada yang tertanya kenapa sampai dua rumah terbukanya. Kali itu kami buat untuk semua teman handai, keluarga dan client2 dan kali ini kami buat khas buat client2, rakan-rakan korporat dan Exco2 kerajaan Selangor sekaligus meraikan orang asli dan muallaf sekitar Selangor. itulah bezanya.. jadi harap kalau ada yang melintas di depan ofis melihat kanopi banyak jangan pula terasa hati klu ada yang tidak disapa. jemputan kepada kamu sudah dibuat di kali lalu (di Komplek Seni Islam maksud saya).
Saya punya banyak cerita terkumpul yang mahu dikongsi, antaranya baru ini saya menjadi juri untuk satu pertandingan karaoke di Tasik Titiwangsa anjuran 3A. Tidak lupa juga menghadiri banyak rumah terbuka termasuk rumah terbuka presiden PIN (Persatuan Penggiat Industri Nasyid), rumah terbuka Rabbani Production dan banyak lagi lah.

::Gambar dari kolum berita laman web Nasyeed.com::
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi menjemput saya. Terharu benar apabila Syawal kali ini tidak terhenti jemputan rumah terbuka. Ada yang kata, Syawal ke-20 terasa seperti Raya ke-5.. meriahnya Aidilfitri tahun ini.. Alhamdulillah.
Selain bergembira, ada juga kisah tidak enak.. entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya seperti diduga dengan hebatnya oleh yang Maha Esa. Sehingga satu ketika saya hampir putus asa dalam beberapa hal. Bukan berniat riak, tapi saya orangnya jenis yang susah berputus asa melainkan itu saja jalannya. Namun baru ini saya ada menitip sebuah ‘msg’ kepada seorang teman rapat saya katakan padanya dengan kata-kata yang tidak jelas sgt maksudnya.. “saya sangat penat dengan kehidupan yang saya lalui hari ini. Penat memikirkan janji-janji yang belum ditunaikan kepada seseorang. Penat memikirkan diri yang selalu diburu” (bukan text sebenar) Sehingga dia bertanya berkali-kali.. kamu ok kah?.. namun tiada jawapan saya beri kepadanya..
Mungkin doa mama hampir dimakbulkan.
Saya menutup blog 18:55 pm

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

