Kalau sebut pasal cerita raya memang seronok sebenarnya, jadual kunjungan ke rumah teman dan keluarga sudah diatur dari awal. Lepas satu rumah ke satu rumah yang lain.
Seperti kebiasaan hari raya aidilfitri, saya akan mulakan hari dengan mandi sunat aidilfitri. Memakai pakaian baru dan menjamah sedikit juadah hari raya. Mama sediakan nasi lemak sebagai pembuka selera pagi raya.
Ke masjid bersama mama, Hanani (anak saudara) dan abang ipar menunaikan solat sunat hari raya. Tak sabar bertemu bapa, bertemu pusara ayahanda tercinta. Walaupun acapkali pusara bapa jd kunjungan, namun hari raya sangat lain rasanya. Salahkah jika kukatakan, hari raya menaikkan rinduku padanya ketahap yang tiada kawalan lagi. Namun semuanya tak nampak pada mata. Rebas di hati. Memang begitulah biasanya. Hanya airmata sederhana dan beberapa doa menaburi pusaranya.
Tangan mama dikucup mohon ampun, bertukar ke tangan kakak (Marina), Kak An (Marihan), Hanani dan Imani (anak saudara). Yang bestnya kali ini buat pertama kalinya saya menghulurkan sampul duit raya pada anak saudara. Wah, rasa bangga dan sangat gembira. “Mak su dah kaya ka?” soalan Imani teruja mendapat duit raya. Selama ini mungkin dia ingat saya tidak ada duit untuk bagi duit raya padanya.
Raya kali ini abg saya tak ada di sini, jadi kemeriahannya agak kurang. Raya pertama saya hanya di rumah menunggu tetamu. Raya kedua kenduri di rumah maklang dan raya-raya seterusnya saya bersama teman-teman sekolah lama berkumpul beraya dari rumah ke rumah.
Kesyukuran menikmati raya sgt dirasai. Tambahan pula, kali ini sentiasa ada insan yang mengingatkan waktu-waktu penting. Tq bro Mahadi yang tidak lekang memberikan pesanan-pesanan dan info sebagai panduan dan peringatan kepada orang yang selalu terlupa seperti saya.
Pulang saja ke Shah Alam banyak sungguh program hari raya diatur. Sampai tak sempat nak diupdatekan jadual-jadual rumah terbuka. Seronok sangat berkunjung ke rumah-rumah teman-teman kerja dan client-client.

Rumah terbuka radio IKIM

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

