
Mungkin waktu kamu membaca luahan ucapan ini saya sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di utara tanah air. Pulau Pinang sudah dekat dihati saya hari ini. Saya bercadang untuk pulang ke kampung pagi Ahad kerana mengikut jadual sepupu yang habis kuliah pada Sabtu. Sementara itu saya akan ke rumah Cik Ana di Taman Permaisuri, KL untuk berbuka di sana dan berjumpa Tok. Dari rumah Cik Ana, saya, Anis, Aida dan Danial akan bertolak ke Penang.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri, kepada semua yg mengenali saya dan yang setia menanti cerita-cerita dari webblog saya. Ingin sangat memohon ampun dan maaf kepada orang-orang tersayang, teman-teman sekuliah, teman-teman sekolah, teman-teman sepejabat dan boss-boss.

Harapan saya agar Ramadhan dan Syawal kali ini akan terampunlah dosa, salah dan silap saya kepada kamu semua. Sesungguhnya berat tugas seorang manusia yang memikul berbagai tanggungjawab. Tanggungjawab seorang anak, adik, teman, kawan dan pekerja. Kadang kala ada dialog percakapan yang menyinggung perasaan orang lain tanpa sedar. Ada juga terlepas riak kata tanpa dirancang. Biarlah segala yang tersimpul dirungkaikan di sini.
Akhirnya, dengan hati yang kosong saya mohon maaf, zahir dan batin. Balik raya nanti kita berkongsi cerita. Kalau ada kueh raya yang lebih bawak la ke sini, boleh berkongsi rasa. Sampai jumpa lagi.
Saya menutup blog 10:26 am

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

