19 SepRamadhan yang Sedikit Ini


Marhaban ya Ramadhan, sekejap sahaja meninggalkan kita. Ayuh ucap Marhaban ya Syawal yang bakal menanti kita kurang lebih 10 hari saja lagi. Demi Allah saya sangat rasa terkejar, kenapa begitu cepat Ramadhan akan pergi.

Semalam kami sama-sama mencari tajuk tazkirah yang bakal dibawa Ustaz pada Iftar Nasyeed.com pada 20 Ramadhan nanti. Ustaz mencelah, “saya nak buka satu tajuk, tapi takut ada yang terasa” tertanya saya apa yg ada dalam agenda pemikiran ustaz.

“Apa tajuknya?”, tanya kami.

“Melalui Ramadhan sudah bertahun-tahun, tajuknya Kenapa masih macam ini?” aku senyum dengan tajuk ilham ustaz Syaarie. Tanpa kata kami diam, hanya ada gelak ketawa dan aku mengiyakan usul ustaz.

Kenapa ustaz usulkan tajuk begitu. Mungkin kerana banyak perkara yang tersirat di sebalik maksud Ustaz. saya tidak mahu memperkatakan tentang itu, jawaplah sendiri dengan kebijakkan yang ada dalam diri masing-masing.

Tetapi setuju betul saya katakan bulan Ramadhan amat berbeza dari bulan-bulan biasa. Bulan biasa jika mendengar lagu raya tak ada apa2 rasa sangat, tp klu bulan Ramadhan auranya lain macam. Begitu juga sikap manusia berubah-rubah pabila tiba ramadhan. Seorang lelaki yang happy go lucky boleh merajuk yang bukan-bukan di bulan Ramadhan. Ada yang bergaduh-gaduh sewaktu berbincang. kadang-kadang waktu berbuka pun nak tarik muka sebab masakan tak sedap dan terlalu sedikit dibeli. Ada kesnya, smpi tak mau bebuka bersama kawan-kawan kerana tak selesa berkongsi makanan yang sedikit, tak puas katanya. Ada yang saya temui rasa tak senang hati kerana memikirkan apa lagi makanan yang nak dimakan waktu berbuka. Tak kurang juga yang tangkap lentok sesorang sb tak dapat makan makanan di bazar Ramadhan. Hanya yang dapat makan nasi ngan sardin. “Ala, sedih betul bebuka makan nasi ngan sardin jek,”

Siapalah saya nak menghukum berdosa atau tidak bagi orang-orang begini. hanya yang masih melekat dalam fikiran ajaran ibu tentang puasa dan hikmah-hikmahnya. Memang ibu selalu mengingatkan, walaupun kadang-kadang nasihatnya mcm siaran ulangan tp itulah yang menjadi kiblat kita apabila tiba masa-masa begini.

Saya harap Ramadhan kali ini memberi kesan kepada sesama kita. kesan yang baik dan yang drastik dalam kehidupan. Ramadhan kali ini ditambahkan pahala ibadah-ibadah yang sangat sedikit (baca Quran selepas sahur sgt menduga kekuatan saya) saya harap Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kecil yang kita terlepas pandang seperti yang saya sebutkan di atas td.

Saya tau semua orang sgt masak dengan ganjaran dan hikmah bulan puasa. tp kadang-kadang kita lupa dek kerana terlalu banyak disogokkan Syaitan dengan ajarannya sewaktu dibulan bukan bulan puasa. Saya berdoa agar Allah berikan kekuatan yang lebih banyak kepada saya untuk mengalirkan air wuduk pada dinihari sepanjang Ramadhan ini dan bulan-bulan akan datang.

Tahniah saya ucapkan buat kamu semua yang berjaya mengimarahkan Ramadhan bulan barokah.

Saya menutup blog 16:53

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “Ramadhan yang Sedikit Ini”

  1. saralala says:

    ya benar, sering kali kita diingatkan supaya tdk ketinggalan dlm mngejar fadhilat limpahan ganda dr yg ESA..namun dlm mngejar ganjaran2 ni..
    jgn sesekali dilupakan amalan2 wajib yg kdg kala inilah yg sebenarnye kita selalu terlepas pandang..jgn kerna nikmat dunia di depan mata..yg wajib terbang melayang..
    maaf..sy suka membaca..olh itu sy klu komen..tentu kelaut..huhuhu..

    p/s sekadar ingatan buat diri sy/saralala/cycledevies

  2. wie says:

    iyola, aku baru je nak angkat takbir maghrib, tetiba azan isyak pun kedengaran… padan muka aku

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.