4 Ramadhan 1429H, hari keempat menunaikan rukun islam ketiga. Alhamdulillah dapat juga merasai kebesaran bulan mulia ini bersama-sama untuk tahun ini. Hari pertama Ramadhan sangat bermakna kali ini kerana dapat bersahur, berbuka dan bertarawikh bersama ibu tercinta dan seluruh ahli keluarga di kampung. Tuhan saja yang tahu bertapa gembiranya hati saya apabila mendapat tahu 1 Ramadhan diishtiharkan cuti.
Kembali ke Shah Alam seperti biasa saya memulakan hari seperti biasa. Namun sebelum Ramadhan lalu saya sempat mengemas bilik dan rumah untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Selalunya begitu, mungkin untuk mengambil mood penghulu segala Bulan. Segala jadual harian disusun rapi sementelah banyak pula jemputan berbuka puasa diterima.
Apabila blog di log masuk saya teringat perenggan ini yang belum selesai dibangunkan. Kesempatan tidak banyak kerja hari ini membuatkan saya tidak terlalu berkejar untuk menulis blog. Tajuk blog saya mendapat teriakkan dari seorang penulis blog baru. Dia mencelah “apsal macam tu tajuknya?”, mungkin fikirannya menangkap pada sesuatu isu-isu negatif. Saya tidak berniat membuka pekung didada, cuma kalau mahu tahu apa maksud tajuknya perlulah disudahkan pembacaan anda.
Rambut adalah rahsia wanita. itu bait yang perlu saya sudahkan dengan baik supaya tidak ada yang mempertikaikan maksud saya. Kenapa ianya rahsia? kenapa ianya berharga? itu persoalan yang saya bikin untuk membuka bait perucapan hari ini. Pada dasarnya jika memandang seorang wanita bertudung pasti kamu tidak pernah terfikir, bagaimana rupanya wanita itu jika tidak bertudung. itu hanya kerana kamu telah belajar sedari kecil menerima apa yang dihidangkan didepan mata. Kamu hanya akan melihat dia tanpa tudung jika kamu mengahwininya, itu rasionalnya. Apa pula riaksi kamu apabila secara tidak sengaja melihat wanita tadi tanpa tudung. Satu; kamu akan mengagumi kecantikannya atau dua; kamu akan rasa menyesal dan bersalah kerana telah melihat sesuatu yang sgt berharga drnya. Dah tentu rahsianya.
Sayangnya, bukan semua orang merasai itu semua. Seorang wanita sudah dilihat biasa jika mendedahkan rambutnya. Tidak ada yang berharga lagi, apatah lagi rahsia. Tidak ada lagi yang istimewa. Tarikan dari seorang wanita sebenarnya bukan hanya pada mata yang cantik, hidung yang mancung.. Seorang teman pernah katakan pada saya,
“aku tak tahu banyak mengenai agama, tp aku sayangkan rambut aku.. tak mahu lelaki semudah-mudahnya melihat perkara yang paling bernilai dlm hidup melainkan keluarga dan suamiku” itulah pendapat seorang teman. Dan akhirnya seorang yang bergelar suami kepadanya berkata kepada saya. “isteri saya sangat cantik selepas saya melihat rahsia yang dijaganya”
saya menutup blog 17:09

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


Siapa itu penulis blog baru? Majisterit? Lawyer? Anak Pak Saadon? Sape? Sape?
mereka dan keluarga mereka