Assalamualaikum,
wah sibuk betul la ni ye, smpikan blog yang sgt disayangi ni pun dah tak terkunjung. Bukan tak de cerita tapi tak ada masa… tak ada masa? pelik tul tue, cemana bleh smpi jadi cam tue. Kalau sy kata saya bz orang lain akan kata saya lagi bz :p
Biar saya ceritakan seberapa mudah kenapa saya katakan saya bz.. huhu.. sebenarnya ramai yang kurang faham apa tugas saya di Nasyeed.com (Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd). Kerja seorang event coordinator tidak terlalu famous, bukan seperti cikgu, doktor atau seorang jurutera.. malah pereka grafik lagi dikenali dari golongan macam kami. Mama tercinta juga masih samar-samar dengan kerja anaknya, tp yang penting dia tau saya sgt inginkan kerja mencabar ini.
Seorang teman datang pada saya sewaktu sama-sama mengadakan event di Kompleks Darul Puteri, Cheras baru-baru ini. Katanya dia terkejut sewaktu mendengar nama saya diperkenalkan sewaktu sesi briefing, baru tahu apa position saya.. apa kerja saya. Saya senyum dan katakan padanya inilah apa yang selama ini saya mahu, tapi masih belum puas dan masih mahukan kepuasan yang lain. Dia bertanya lagi apa lagi yang saya buat selain menyibukkan diri di event yang kami jumpai. Saya ceritakan padanya sampai dia geleng kepada. Hanya yang mampu dikatakannya, awak memang sudah tak ada ‘life.’
Sewaktu berborak dengannya dalam kepala saya masih memikirkan tentang flow program yang belum betul-betul kemas, masih memikirkan text pengacara yang belum settle, memikirkan hadiah dari Husam Waksa yang masih belum sampai, keadaan bilik menginap peserta yang tidak settle, rehersal pertandingan tergendala kerana makan malam lewat smpi, kesalahan pada multimedia video yang dikendalikan crew multimedia dan lain-lain. Tak kurang juga ketiga-tiga hp asyik berdering menerima panggilan… huh agak kucar kacir kepala tp saya duduk berborak dengan kawan kerana saya terlalu penat.
Itu yang berlaku pada malam itu sahaja tidak kurang sebelum ini, saya mengendalikan Karnival Wanita Anggun selama 3 hari di Stadium Malawati smpi bengkak jari kaki tapi dibiarkan saja kerana tak sempat nak endahkan kesakitan…kelakarnya kerana selama ini saya terlalu manja pada semua ini. sb itu kadang-kadang sy ada berceloteh dengan budak-budak baru di sini, kalau kamu sekarang manja.. bila kerja event dah tak sempat nak manja.. makanan apa yang ada bedal sj, klu penat, lapar.. dah tak sempat tgk makanan apa, main sebat jek.. dulu saya kurang makan mamak, tapi sekarang semua jenis roti dalam restoran mamak tue saya telan.. sekarang sy sudah pandai buat kerja ala kadar, sy belajar semua ini dengan crew-crew lelaki yang sy kenal. buat ala kadar jangan cerewet sgt…
alamak.. ada kerja.. sambung nanti.. bye.. adushhh…

pagi ni smpi sj ke ofis saya mulakan dengan memblog, nak habiskan juga menulis blog ni supaya bab yang ini settle dan tak ada kerja yang tertangguh. Selain menyibukkan diri di Cheras saya juga tidak kurang ligat berada di OneWorld Hotel, Damansara untuk Malam Santapan Malam Amal Seni Di Raja koluborasi kerja dengan Dato’ Shah Reza dari Nusantara Germ. Ada satu lagi perkara menarik mahu dibangkitkan mengenai beberapa perjumpaan antara saya dengan dia.. (akan saya ceritakan pada waktu yang lain).. selain menguruskan beberapa perkara dalaman pejabat, urusan harian di ofis dan administration.. meneruskan agenda Ramadhan yang bakal tiba dengan karnival-karnival yang menunggu giliran dan lain-lain agenda selepas raya.
Allah beri banyak kesempatan dan peluang sehingga saya merungut kepenatan. Tak patut saya mengeluh atas rezeki yang diberi. Saya belajar bersyukur dengan kesibukkan yang memberi byk pengalaman dan kematangan.
Syukran Allah

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

