Sy tidak sekali-kali menyalahkan individu yang menapakkan lagu-lagu indonesia di Malaysia. Pada saya mereka melakukan bisnes pada landasan yang mereka ada. Mereka mencuba pelbagai cara untuk mencari keuntungan asalkan dengan cara berhemah. Lalu pasti ada yang pertikaikan adakah berhemah jika melariskan lagu-lagu indonesia di negara sendiri.
Bukan itu yang mahu saya celotehkan. Saya sebenarnya baru selesai mendengar bait-bait lagu nyanyian penyanyi Aizat..hanya kau yang mampu.. Pengaruh bahasa indonesia begitu ketara dalam lirik yang dihujahnya dalam lagu tersebut. Tapi lagu itulah mendapat ranking terbaik dalam carta lagu di Malaysia pada masa ini. Buktinya lagu tersebut berada dalam tangga ke-8 dalam carta era (itu pun disebabkan kerancakan lagu-lagu dari penyanyi AF6 melepasi benteng juara, naib juara dan tempat ketiga) dan berada di barisan atas http://www.liriklagu.org/. Aizat bukan tidak pernah mengeluarkan lagu berbait melayu seperti lagu sahabat tetapi ditidakkan kehebatan lagu itu sedangkan serupa benar melodi dan rentak kedua-dua lagu tersebut.
Saya sendiri terjebak didalam kancah permasalah ini tanpa saya sedari. Kadang kala terasa enak sekali menulis atau bercakap-cakap menggunakan bahasa indonesia. Tetapi sehingga kini saya tidak tahu kenapa terjadi perkara ini. Skrip Nabila (Ya Allah, ampunkan Nabila ya Allah) sangat sering didengari menjadi sebutan remaja masa kini. Ada apa dengan bahasa indonesia?
Baru ini sy berjumpa dengan seorang peniaga indonesia yang membuka kiosk menjual tudung atau hijab. Mendengar dia bercakap sy jd terikut-ikut gaya percakapannya. Saya tanya dia “Kamu dari mana ya?” (Kedengaran bunyi2 keindonesiaan dlm bahasa sy) Jawapannya “Aku jauh dari Jakarta”. “ Sy mau datang lagi di sini. Kamu ada di sini lagi esok dan lusa?” tanya saya lagi. Lalu dia diam. “Maksudnya apa?” soalnya. Lepas tu dia teruskan. “Oh, aku di sini smpi ahad,” Lalu sy beritahu dia. Lusa itu hari selepas esok. Dia mengangguk. Katanya di Indonesia tidak ada hari Lusa.. Huhu..
Apa yang sy terfikir kenapa dia tidak tahu bahasa yang sgt selalu digunakan disini, sedangkan kita berusaha untuk mengetahui semua bahasa mereka. Siapa yg banyak tahu bahasa ‘indon’ nampak mcm hebat di sini.
Teringat pula di zaman pertama kali sheila on seven menapakkan pasaran lagunya di sini. Smpai mama saya yang tidak minat lagu jd kenal dengan grup ini. Aduhai hebatnya. Bahasa kurang enak yang mempunyai maksud yg sama menjadi kebiasaan untuk disebut-sebut kerana dah itu liriknya.. menjadikan saya semakin pelik hairan (bukankah sedap klu tukarkan perkataan pelik dengan kaget)
Bukan kita tidak tahu, selama ini kita sgt menolak budaya indonesia dlm kehidupan di Malaysia. Cara pemakaian mereka sgt menentang industri fesyen kita. kita menolak mereka dijalanan. amat pantang jika ada diantara anak gadis bercinta dengan jejaka indon apatah lagi pemuda2 harapan bangsa jatuh ke tangan mereka.. akan dikutuk habis2an.
Dan apa yang menyedihkan juga, hari ini sy dapat rasakan industri alternative seperti nasyid juga seolah-olah sudah mengucapkan selamat datang kepada lagu-lagu berjenama indonesia.. tolonglah perihatin pada perkara ini wahai sahabat-sahabatku yang sama2 berjuang di dalam industri.. mohon dengan sangat (haha.. doa dalam cerita kiamat suda dekat)
Hanya Kau Yang Mampu by Aizat
Ku cuba redakan relung hari
Bayangamu yg berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


byk tul isu yg nak dikupas kt cni…tentang lagu2 indonesia yg menembusi pasaran Malaya ni….rasanyer kita semua terlalu disogok-sogok kan ngan lagu dan karya-karya diorang setiap hari..tu yg sume antara kita melekat ngan karya-karya diorang…cth la..berkenaan lagu si Aizat tu..atau mana2 artis indon…hampir n lebih 20 kali asyik diputarkan di radio setiap hari..lagu yang sama plak tuh..pagi dgr lagu tu..siang dgr lagu tu…tgh hari dgr lagu yg sama gak..sampai la ke esok nyer…(kalo dlm istilah “marketing” ianya disebut POSITIONING MARKET…satu strategi atau proses utk memastikan produk yg bakal dipasarkan melekat di setiap kepala otak pengguna )..dlm hal nih..blh dikatakan POSITIONING MARKET dorang agak berjaya la….sama la dalam kes si Nabila Mutiara Hati..kalo dah tiap2 episod dia dok sebut “Ya Allah, Ampunkan Nabila Ya Allah.”…cmne la ayat tu x melekat kt kepala otak kita sume..n trus jd sebutan antara kita sume…
lagi satu..x dinafikan karya2 dr indon ni..xkisah la dr lagu,drama n filem memang best n ada kelainan..x cm “sesetengah” produk Malaya ni..sumenyer streotaip..pusing2 kt situ jgk jalan citernyer..(bkn nak kutuk la..cume sesetengah jer..x la semua )
Ape2 pun..bkn lah perbandingan atau kritikan yg mnjadi persoalan…ape yg penting solution n tindakan kita…so, pas ni kita kena la usaha lebih lagi..buat karya yg lagi meletop dr indon…
emmm..pnjg aku membebel…byk lg nak dikupas lg nih….wait 4 da next comment..haaa..
pertama ya mass… bahasa mlaysia itu lahir dari susur galur yang sama dengan bahasa indonesia… perhati… tidak ada bangsa indonesia.. yg ada ialah warga indonesia dan bangsa melayu… kedua ya mass… bahasa indonesia digunapakai dengan sangat meluas serata dunia… hatta di makkah, terdapat papan tanda dalam bahasa indonesia… cuba kamu gugel sesuatu di dalam bahasa melayu dan keputusan carian kamu akan menemui sejumlah besar maklumat dalam bahasa indonesia… kenapa ya mass? sebab banyak sekali hasil karya ilmian mahupun fiksyen diterjemah ke bahasa indonesia sedangkan rakyat malaysia lebih senang menjunjung bahasa inggeris ke mana-mana… mass, cuba kamu ke borders atau mph dapatkah berjumpa naskah salina-a. samad said yang sangat penting itu? oh bila kali terakhir kamu membacanya kerana kalau tidak usah kamu berceloteh tentang bahasa melayu di sini… get it? sori kalau lazer
a. samad said mmg byk menggunakan seakan bahasa indonesia dlm karyanya, malah dia berckp menyerupai bahasa indon juga.. nak tahu kenapa.. huhu.. hampir seluruh usia remaja nya berada di singapura.. sbnrnya dia lebih senang dgn gaya bahasa kesingapuraan tanpa kita sedari.. tp sy setuju jika kamu katakan bahasa indon sgt luas penggunaannya tp bahasa di buku2 ilmiah tidak sama pendekatannya dgn bahasa pertuturan di tv atau dlm lirik.. tp mungkin ada benarnya faktor2 yang kamu hujahkan.. tq wiewuwaa..
oh salina, sy baca sewaktu tingkatan 5 atau 4..
aih, pegi cek kamus dewan terbaru, berapa banyak bahasa inggeris dan bahasa indonesia yang dibahasamalaysia kan? apa beza bahasa indonesia yang diceduk masuk ke penulisan lirik yang kamu bangga-banggakan itu… sejak bila perkataan “bisa” itu punya double meaning? soalnya lebih baik mendekati bahasa indonesia asli daripada merapu dengan “i look stupid when i speak in malay” YULK… pak samad takkan sama dengan FT bukan kerana seorang membesar di singapore dan seorang membesar di melaka tapi kerana perubahan zaman yang nyata mengubah sorak tutur itu sndri. back to basic la kawan… dengar semula p.ramlee, baca usman awang vs shamsudin othman, baca pramoedya vs habiburrahman maka kamu akan jumpa jawapannya
spt biase…x mudah untuk mengungkapkan pendirian ktka kelabu melata…menafikan cerah itu putih…dan gelap itu hitam…dedicated to both of u!!jgn maraaah daa..sy cintakan budaya melayu..juga kasihkan bahasa melayu yg indah!!
hehe.. betul tue miss saralala.. mmg semua org cintakan bahasa melayu..
ye, sepatutnya itulah yang berlaku.. sy sukakan bahasa melayu ‘Jendela hati’ tetapi terpaksa akur pada kehidupan yang sentiasa menuntut kepada reformasi dan penyaduran budaya dan bahasa.. (sama seperti seorg melayu menuturkan 3 atau 4 loghat dlm dialog percakapannya.. “aku mai dr Melake. mu mai dr mana doh?”) ini terjadi kerana percampuran budaya dan bahasa selepas berlakunya migrasi maybe..
emm..maksudku begini mass,sy cintakan bahasa melayu asli..yea,bahasa melayu yg berasal dr bhs ‘Austronesia’ yg beratuk nenekkan dr nusantara dan kemudian..ke sumatera..dan kemudian2..ke tnh melayu itu..plg kugemari.bahasa melyu klasik..yg diplopori pd zaman hamzah fansuri…yg byk kosa kata yg indah..spt..’edan kesmaran’(mabuk asmara),masyghul(bersedih)..bla bla..menggunakan ayt2 pasif..sonsang..wahh..itu iNDAH skali..sy lebih gemar membaca tulisan dr penulis2 indon disana..dan sy mnyokong apa yg dimaksudkan olh makcik wie itu…
alangkah indahnya, bahasa melayu yang indah2 yang kamu sebutkan dijadikan lirik2 indah kan.. tp market hari ini menidakkan yang benar.. ayuh, tuliskan bahasa2 indah tu di sini utk pengetahuan ku dan lain2 orang yang tak memahami yang asal..
draw wht u see, write wht u know. but before u think u know wht u write, u better know the word “research”.
read.read.read.write.edit.
it’s pak samad tips.
“Some people say information is power. Baloney. Information sharing is power!” Vint Cerf, father of the Internet…
membuat research adalah yang terbaik utk menyelesaikan usul. itu pasti.. tetapi apabila berlaku satu kumpulan sedang membentangkan usul pasti ada yang bertanya dan menjawab usul dan terjadilah sharing information atau berkongsi maklumat.. lalu sy rasakan berkongsi maklumat adalah paling praktikal di laman ini ye cik sara lalalililuu.. ;p
sy lebih gemar membaca+memahami+menganalisa dr membace+mengopy paste kan..tp x phm ape2 yg ditulis..get it??
rajinnye.. bagus2, mmg itulah yang biasanya belaku pd cerdik pandai. suka menganalisa apa yg dibace.. sy akan cuba menjadi lebih rajin selepas ini.. spt kamu.. tq
untuk mendefinisikan bhs indonesia mmglah ramai yang tahu ianya berasal dari bahasa melayu riau yang diubah2 mengikut zaman. tetapi kenapa bahana bahasa itu tiba2 menimpa kita.. ada yang kata kerana ianya bahasa yang sgt indah dan hebat.. malah ada yang kata org melayu senang dgn bahasa yg mudah difahami kerana karya agung juga byk gunakan bahasa2 itu.. ada juga yang kata sebenarnya bahasa indonesia yang ditulis itulah bahasa kita.. tidak sedikit yang kata bahasa indonesia terlalu dan sgt selalu disogokkan di sini. terpulang..
senang citer…kita semua ni serumpun..senusantara…x timbul soal sogokan bahasa kt sini…persamaan budaya, bahasa, adat dan sebagainye psti berlaku..
hehe..betul encik 3R..sy setuju benor!dan sebab itu..sy sgt tdk bersetuju jk disalahkan pendengar/peminat memilih meminati lagu2/band indon itu..kenapa??pertama..selain lagu2 n bait2 yg indah2..peminat amt memahami lagu itu??kenapa??kerana bahasa nya,,iya itulah bahasa melayu!please la reporter MELODI..selalu timbulkan isu knapa peminat memilih Band indon dr di mesia??dah sah2 band msia x berkualiti..dr segi lagu+lirik..adush!sgt hampa..stesen RTM tu,tp2 thn..selalu organize show..konsert serumpun..msia+brunei+indon!apa motifnya??jgn la kecewa kenapa artis mesia mencuba kepelbagaian muzik n lirik dlm bhs indon..well..itu jg lah bahasa kita..atleast ada usaha tuk meningkatkan mutu lagu2 mereka..thumbs up ats usaha itu!!bkn kah kamu suka lagu itu bkn??
itula yg pelik.. sy pun tak tahu kenapa sy suka lagu2 mereka.. hehe.. tp sy tidak mahu bahasa indon dlm lagu2 nasyid.. tlglah.. usahakan sesuatu ya duhai komposer2 hebat..
bahasa indon again??emmmm
ya sayangku.. mmg sume org kata itu bahasa indon. takkan nak claim bahasa indon adalah bhs kita. marah ler dorang.. kata virtual fren ku dr sumatera.. bu*uh itu apa? adakah bu*uh juga sama di malay?
x jgk..x sume band kt Malaysia ni x berkualiti….begitu jugak band2 kt indon sana..antara yg msk kt Malaysia ni pun bknnye b’kualiti n bagus sgt….lirik n lagu dorg pun carca marba jgk..
apo la korang n… back to basic la… kalu agama kita kembali kepada alquran n sunnah… takkan tu pun tak paham2… ai n dah melalut ke mana? tu la suruh bwat research lain plak yg jadi.. nak cite pasai lirik lagu sgt? ok kalau skolah kita blajar sejarah kan? pi bajar balik gurindam, sajak, pantun, bidal, tambo, mantra bla bla bla (aku pun tatau) atau kalu tak minat sgt dgr saja p.ramlee… ayo!
maafkan sy, sy tdk la begitu arif dlm menilaikan yg mana benar2 berkualiti..TP sy adalah antara wakil pendengar di mesia..dan kami lah pendengar yg menentukan mana yg terbaik dihawa telinga kami..bukan??
dan sgt setuju…BACK TO BASIC!!!
smlm sy ke angkasapuri melihat rakaman zoom in raya menyokong sahabat2 di sana. Wildan dan nazrey johani(ex-raihan) ant dibarisan penasyid. ada satu slot persembahan paduan suara nazrey dan kump nitrus. tak pasti apa tajuknya tp lagu itu sgt bagus pd pendengaran sy. apa yg kami semua dpt lihat.. lenggok gaya lagu ketuhanan persembahan nitrus itu juga sudah terkena tempias dr seberang.. ada yg kata, apa nak buat.. dah sedap.. mmg sy akui teruja mendengar lagu itu walaupun keduanya menyanyi dlm tidak bersedia..
hurmmm…
princess mana plak nih.. hi my dear princess
Hiii…..