26 JunBertudung tidak wajib


Assalamualaikum,

lama betul ye tak memblog, almaklumlah.. agak bz sejak kebelakangan nih.. huhu.. oklah, sepertimana yang dijanjikan sy akan teruskan blog ini dengan menjawab memberi komen balas dan ulasan kepada komen saudara alhariz berkenaan isu aurat.. sy sebetulnya mula memakai tudung pada usia12 tahun.. mungkin agak lewat pd sesetengah pihak tp itu memadai pd sy kerana bg sy, sy sudah cukup bersedia utk memakai tudung dengan ikhlas pd masa itu. Terus terang sy katakan hidup sy bertuah krn ‘wanita dengan busana bertudung’ tidak asing dalam hidup sy. jd, tidak ada sebarang alasan utk sy menolak budaya memakai tudung waktu itu. huh, pasti ada yang berang apabila sy menggunakan perkataan ‘budaya memakai tudung’.. yg sy maksudkan bertudung itu tidak wajib, tetapi ia lebih kepada budaya.. apa yg wajib ialah menutup aurat, itulah yang jelas di dalam al-Quran. hurm.. sebetulnya sy mula menutup aurat pada usia yg sgt lewat..

1. mengapa anda menutup aurat?

Saya menutup aurat kerana sy islam, menutup aurat adalah cara pemakaian seorg islam. apa yg saya tau Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain.

2. tidak panas ke pki tudung labuh2?

seperti sy katakan, tidak pernah timbul soal panas ketika bertudung.. mungkin kerana tidak penah merasa bagaimana keadaannya jika tidak bertudung di luar.. huhu.. tudung labuh atau tidak yang penting, litupilah tubuh dengan kain-kain yang longgar dan tidak menjolok mata.Sy pasti kamu faham apa maksud sy..

3. apakah pandangan anda ttg fesyen dalam Islam?

sy tidak begitu jelas apa yg dimaksudkan dengan soalan ini, tetapi jika mahu sy terjemahkan maksud fesyen atau cara pemakaian dlm islam ianya perlukan pengertian yang fokus. Daripada pengetahuan sy ada beberapa tatacara berpakaian dlm islam khusus untuk wanita iaitu:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan

2. Memakai pakaian yang longgar

3. Pakaian yang tidak jarang

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah)

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir

6. Tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang lain selain rambut.


4. apa pandangan anda ttg fesyen terkini?

Ini soalan yang ditunggu-tunggu, InnAllah hajamilun wayuhibbul jamaal.. sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan pd kecantikan. Kata-kata ini yang sy pegang hingga hari ini. Inilah caranya sy mengawal fesyen dalam cara sy berpakaian. Tidak dinafikan sy sgt teruja dengan fesyen terkini, setiap bahan bacaan berkenaan fesyen sylah pembelinya, kalau ada ms terluang sy akan melayari internet hanya untuk tujuan itu sahaja.. huhu.. bg sy tidak salah mengikut perkembangan fesyen kerana memang itulah caranya kita mensyukuri nikmat dari pencipta tapi kita perlu sentiasa beringat dan menjaga batasan berpakaian kerana itulah uniknya kita dari orang lain selain agama kita.


5. apa pandangan anda pula ttg fesyen yang dikatakan sesuai utk muslimah bertudung zaman sekarang?

Itulah dikatakan ‘bertabarruj’, sy pernah dengar.. tabarruj ini samalah dengan kita memperlihatkan kecantikan sehingga melanggar hukum agama. Contoh yang boleh sy beri sebagai penjelasan ialah memakai penutup kepala dengan mendedahkan leher dan memakai anting-anting. Itu tidak menutup aurat namanya.. banyak fesyen terkini yang boleh dijadikan pakaian muslimah seperti kita malah masih mengekalkan ciri muslimah. Kalau pandai mengenakannya.. stylo gak ape.. :p


6. ops… 1 lagi.. apa pandangan, ulasan n jawapan anda bila seseorang perempuan mengataakan “ala, org pki tudung pon bukannya btl sanagt… diorg 2 pure2 je… padahal ada juga yang asik suke mengata dan buat lain2 maksiat pon ada…”

Sy ada pengalaman ini. sekali dalam hidup pernah tinggal sebumbung dengan mereka yg merokok dan siang malam hanya bercerita tentang kelab malam. sy lihat mereka itu bukan tidak mahu, tapi tidak tahu. mereka yang bertudung yang kebanyakkannya dipaparkan di media tidak baik adalah dikalangan mereke yang hanya memakai tudung bukannya yang menutup aurat. itu apa yang sy nampak. sy bercakap melalui pengalaman bukan dari rujukan buku. sy melaluinya dan sy berani katakan cabaran fesyen sangat besar untuk seorang muslimah. namun garis panduan perlu ada dalam hidup. memakai sekadar yang mampu. berdosa bukan hanya pada aurat, kadang-kadang membazir juga menjadi punca kenapa berfesyen menjadi haram..

Sy harap jawapan sy menjawab soalan alhariz, jika ada yg tersalah kata, tulisan dan terjemahan.. harap dibetulkan yer. hurm, sy akan update isu-isu begini lagi. sy mahu wanita lain merasa, sesuatu yg berharga jika dijadikan rahsia lebih menarik dan punya nilai…

sy menutup blog 18:13 pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Responses to “Bertudung tidak wajib”

  1. artzli_studio says:

    Salam…
    Bagi aku kan..aku setuju ngan ayat Rasyid tu..(Allah memberi dan mengurniakan “air-cond sakti” (yg mana brgsiapa yg memakainya x rasa panas…cool ajer..) kepada wanita2 yg ikhlas untuk bertudung…huhuhuhu)…sebenarnya bukan bab bertudung je…as long as dia memakai pakaian yg menutup aurat sepatutnya x timbul masalah panas ke@x…bila igt balik masa time aku kat skool dulu ramai je ‘ahmoi2 chantek’ yg suka pi skool pakai baju kurung..n diorg xnah pun ckp pakaian diorg tu m’buatkan diorg rasa panas ke(aku tanya tau kat diorg)…walaupun mungkin diorg pakai pakaian camtu sbb suka dgn fesyen baju kurung tp nape bebudak kita xleh nak berbangga dgn baju tradisi kita yang memang dah terang2 di design oleh grafik designer zaman penjajah dan walau direvolusikan designnyer sehingga zaman skang ni aku still xnah jumpa baju tradisi kita tu yg cuttingnye paras pusat atau kain paras peha kan..(hehe..xtaula kalau ada kan..) nak citer bab bertudung tu lak..memacam fesyen dah ada skang ni..dulu masa sibuk tudung wardina sumer nak pakai tudung style dia..masa tudung waheeda..sibuk je nak pakai style minah tu..masa tudung ibu arini (ya Allah,ampunkan nabila ya Allah)..pun ada yg ngikut jugak..:)… walau camner pun saya setuju dgn kata2 cik mass ni (sy beran katakan cabaran fesyen sangat besar untuk seorang muslimah. namun garis panduan perlu ada dalam hidup. memakai sekadar yang mampu. berdosa bukan hanya pada aurat, kadang-kadang membazir juga menjadi punca kenapa berfesyen menjadi haram..) namun jgn pula x berbelanja langsung utk berfesyen sampai akhirnya bertudung ala wardina tapi fesyen bajunya ala Britney Spears dlm video klip ‘ops i did it again!’..

    p/s:sori merapu panjang ye..nak pi maghrib sat no..

  2. RusyD RasyiD IrsyaD says:

    Islam tu universal..flexible….senang citer ape shj yg kita wat kt dunia nih..ada garis panduan n piawaian yg telah ditetapkan oleh Islam…x slh nak berpesen, xslh nak shopping sakan, x slh nak enjoy, x slh nak berhibur….but always remember da guideline guys..chow!!!

    Professor Ungku Diraja RusyD RasyiD IrsyaD

  3. mass says:

    nak cr videoclip britney Spears tu, baju ape yek yg dia pakai.. (icon hairan)..

  4. RusyD RasyiD IrsyaD says:

    ???????…………

  5. mass says:

    hurm ,jangan lupa tonton akademi nasyid di tv9.. tgk pakaian muslimah di sana plak. adakah ok pd pandangan mata kamu semua.. sy sempat berbual dengan grup sofiya semasa mereka menjalani latihan vokal di studio nc, mereka meluahkan perasaan tentang isu pakaian.. mcm ada yg tak kena.. insyaAllah sy akan bangkitkan hal ini pd isu yg akan datang..

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.