Walaupun belum sempat melihat sendiri pertandingan Bintang Nasyid Mu’min yang menjadi bualan hangat di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia masa kini namun saya masih berkesempatan menontonnya di siaran tertunda web tv Nasyeed.com. Melihat telatah kanak-kanak comel beraksi di pentas dengan pelbagai gaya persembahan membuat saya tersenyum. Geli hati pula melihat aksi sesetengahnya yang mengalunkan lagu-lagu nasyid diikuti dengan gaya persembahan yang sangat berlainan dari kumpulan-kumpulan yang pernah saya lihat sebelum ini. Yelah, pada zaman saya dulu mana ada kumpulan nasyid yang beraksi lincah di pentas.
Teringat semasa zaman kegemilangan nasyid tradisional yang terkenal dengan lagu palestin suatu masa dulu. Saya sering dibawa kakak untuk mengikuti kelas latihan nasyid sekolah Arabnya. Dari situ apa yang saya lihat nasyid sangat membangun dari segi lagu dan liriknya hanya tetapi ianya jadi malap disebabkan penyanyinya hanya berdiri tegak sambil menangkup kedua belah telapak tangan. Penyanyi latar hanya mengulangi kata-kata penyanyi utama. Sangat ‘slow’.
Tidak pada Bintang Nasyid Mu’min, sesetengahnya beraksi diluar kawalan namun tetap menghiburkan saya. Saya katakan ianya menghiburkan kerana mereka beraksi dengan penuh rasa keikhlasan. Tampak diwajah mereka akan ketaatan pada guru yang mengajar. Setiap bait kata-kata kemas diatur walaupun ade off di sana sini. Mereka takut pada kekalahan. Setiap langkah gerak laku di kira 1,2,3. Sungguh mengagumkan.
Akhirnya saya ternampak satu perkara yang orang lain tidak perasan. Timbul satu pertanyaan dalam hati. Apakah kanak-kanak ini benar-benar memahami apa yang dilafazkan mereka? Apakah mereka tahu kenapa diadakan pertandingan ini? Bagi saya, memahami apa yang dilafazkan bukan faktor terpenting yang perlu ditekankan. Cukuplah sekadar mereka tahu mereka sedang menyanyikan lagu-lagu agama, tentulah mereka dipilih kerana mempunyai suara yang bagus dan bersikap baik di sekolah. Saya melihat disiplin juga penting dalam menyertai pertandingan sebegini. Semasa di sekolah mereka perlu mengikuti latihan untuk memantapkan nyanyian. Mengikut apa yang diajar guru dan menghafal setiap bait kata-kata(lirik). Itu semua perlukan ketekunan dan keikhlasan. Sedikit sebanyak perkara ini dapat membantu pembangunan jiwa kecil mereka. Jika tidak ikhlas pasti tidak jadi. Saya juga pernah melalui zaman sekolah seperti itu.
Saya berdoa dalam hati agar kanak-kanak comel ini akan terus mencintai lagu-lagu nasyid. Jangan satu pun antara mereka yang beralih arah apabila dewasa nanti. Saya sangat terkilan dengan sesetengah remaja yang bermula dengan nasyid bertukar bidang selepas mereka meningkat dewasa. Ayuh kita sama-sama bimbing mereka. Beri jalan untuk mereka. Inilah sebenarnya tujuan kenapa saya katakan Bintang Nasyid Mu’min mendidik.

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


Camne nak tgk webTV ni..
web tv nasyeed.com
sila email ke event@nasyeed.com, minta ditunjuk ajar cemana nak dptkan web tv nasyeed.com
byk tul protokol nak tgk web tv ni erk..
yg terbaik slalunya agak payah tuk diperoleh.. cubalah lg..huhu
x tau pulak nak dptkan medium dakwah islamiyah ni cukup payah erk..huhuhhhuhu…
klu ikutkan nak masak burger pun payah, tp dah slalu buat jd senang lar.. sabar, nak byk ilmu kena la sbr..hehehe
ehh.!! da tukar jd hehehehehehe