18 JanKembali Membuka Gelanggang.. Teng! Teng!

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Ahhhhh… rindunyaaa.. (mengeliat tubuh)

Setelah sekian lama, akhirnya saya sambung di sini kembali. Sambung membuat kacau di ruang merah jambu saya lagi. Sambung bercakap sorang-sorang. Tak apalah, biar satu dua orang yang baca (sekurang-kurangnya buah hati saya baca), saya tulis ini bukan sebab duit (kalau ada alhamdulillah.. hiks).. tetapi kerana penulisan dan saya sudah tidak boleh dipisahkan. Saya bukan handal menulis macam blogger-blogger hebat sana cuma sudah takdir Allah bagi minat saya menulis sejak kecil. Lalu bila lama berhenti, saya jadi sepi.. sangat sepi..

Sebut tentang ruang merah jambu, warna itu sudah secara dasyatnya menguasai satu dari beribu-ribu hari dalam hidup saya baru-baru ini. Alhamdulillah, kini.. hari ini saya sudah hampir 2 bulan tinggal berdua (bukan berbadan dua ye), bersuami.. bercinta semula.. :)  Perasaannya sungguh bahagia..

Satu malam semasa sedang menonton ulangan cerita Tentang Dhia di internet, fikiran saya berseloroh kecil.. katanya “Awak sekarang dah boleh hidup macam si Dhia dalam cerita tu, awak sekarang sudah bercinta semula.. owh.. Ya Allah, perasaan tenang dan rasa selamat ini saya benar-benar tidak pernah rasakan sebelum ini.. Patutlah ramai orang suruh saya kahwin cepat. Supaya hidup lebih teratur dan rasa selamat berdua”.

2 Disember tahun lalu (2011), saya sudah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz oleh Mr Muhamad Razin. Dalam banyak-banyak manusia yang datang dan cuba mengetuk jendela hati (kalau pintu macam dialu-alukan sangat pulak), dia telah berjaya menawan hatiku.. hiks. Usahanya keras, lalu adalah hasilnya kan? Alhamdulillah, Allah beri suami yang terbaik ini kepada saya. Selama hampir dua bulan ini, saya merasai cintanya yang sangat kuat dan itu semua pasti kerana pemberian Allah Subhanahuwataala. Kalau nak cerita lebih lanjut boleh visit http://misikami.blogspot.com/

Sekian dulu coret-coret saya kali ini. Hari ini saya menulis sebagai isteri kepada salah seorang pemunya syarikat di mana url webblog ini didaftarkan. Jadi saya rasa lebih selesa menulis walaupun bukan lagi menjadi pekerja di sana. Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua.

Inilah suami saya, kalau jumpa tegur ye

 Saya menutup tulisan : Masih lagi dalam mood honeymoon :D

10 SepProject Wedding

Salam teman-teman yang setia dengan blog sunyi ini. Saya masih ada, tak ke mana-mana. Alhamdulillah, tanggal 3 September yang lalu saya telah pun melangsungkan ikatan dengan seorang lelaki untuk memegang janji menjadi suami terhebat saya. Ingat tak dulu saya pernah tulis tentang suami terhebat? InsyaAllah, saya juga mahu cuba menjadi isteri terhebat dengan sokongan dan bimbingan suami.

Saya percaya, malah memang sudah nyata.. ramai juga yang terkejut dengan keputusan atau berita tiba-tiba ini. Sebetulnya perancangan sudah dilaksanakan hampir 9 bulan yang lalu. Sengaja saya tidak mahu memberitakan mengenainya demi memberi ruang privasi kepada saya dan dia. Yalah, orang kata hal bertunang tidak perlu hebahan yang besar.

Namun begitu, kerahsiaan ini sudah direveal pada tepat 3 September lalu. Dan semuanya menjadi tanda tanya yang besar kepada teman-teman mengenai ini. Justeru, saya ada membina sebuah blog khas mengenai project wedding kami. Jika kalian berminat nak mengetahui persiapan perkahwinan saya atau apa saja yang berkaitan, sila lah layari misikami.blogspot.com.

Selamat beristirehat di sana!

Salam Sayang,

Mass Mohamad

03 AugPreloved Item Untuk Dijual

Hi girls,

saya ada preloved item yang mahu dijual dibawah label Mass Mohamad Closet (MMC). Setakat hari ini hanya 2 item baru dikeluarkan dan insyaAllah akan ada banyak lagi koleksi preloved yang mahu saya jual. Wardrobe terlalu banyak dengan pakaian dan masih elok. Ada sesetengahnya saya beri pada orang tetapi ada diantaranya saya jual sebab baru pakai sekali dua.

Item 1

RM15 only

Baju ini memeri. Selesa tidak panas, baru pakai sekali sahaja untuk photoshoot majalah NUR, berminat sila inbox atau email saya dengan tajuk ‘Mass Mohamad Closet’. Email: massmohamad@gmail.com

Item 2

Harga: RM35Warna: HitamSaiz: 5Tinggi: 5 inch

Bahagian bawah yang unik

Hanya sekali pakai untuk indoor photoshoot majalah NUR, sesuai untuk sesi fotografi kerana designnya yang unik dibahagian tapak. Jika berminat sila email ke massmohamad@gmail.com.

Semua koleksi preloved ini dalam keadaan baik. Tawar menawar juga dibolehkan bergantung kepada keadaan. Jom dapatkan koleksi saya ini sekarang.

01 AugJatuh Cinta

Assalamualaikum,

murni dan indahnya Ramadhan memang tidak dapat saya sangkalkan. Bila semalam dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang saya lihat langit betul-betul tenang.. semacam didalam langit itu ada satu rahsia yang tersimpan.. rahsia itu pula semacam satu persatu keluar melalui angin.. berlari-lari angin Ramadhan meresap kesetiap pelusuk alam.. lalu jadilah Ramadhan yang dikata penuh syahdu dan tenang didalamnya. Aku jatuh cinta selamanya dengan suasana ini.

“MasyaAllah, bila mata puas melihat langit.. aku pejamkannya, menadah tangan tanda aku mahu ucap sesuatu kepada-Nya. Ya Allah, terima kasih kerana beri kesempatan aku lagi melalui Ramadhan ini dan harapanku biarlah hingga penghujungnya.. di mana penghujungnya nanti akan tiba saat meraikan 2 perkara besar dalam hidupku. Ya Allah, cantiknya rencana-Mu.

Aku mengakui, saat ini aku dilamun cinta.. cinta kepada kebesaran-Nya. Aku akui menyintai kali ini adalah semuanya dalam kekuasaan-Nya. Aku akui kali ini aku sudah berada didalamnya. Dalam sebuah rasa cinta yang diberikan selepas berjuta doa ku pohon, selepas bermacam mimpi aku terima.. Allah mengirimkannya bersama Ramadhan juga. Sesungguhnya aku amat merindui 2 Ramadhan lalu yang punya seribu satu kisah yang dalamnya adalah sebuah jalan atau titian menuju Ramadhan kali ini.

Ya Allah, sesungguhnya 1 Ramadhan hari ini dapat aku katakan pada-Mu.. aku kali ini benar-benar sudah jatuh cinta”

26 JulJuvana

Ye, ini memang nak tulis tentang drama episod Juvana di tv3 tu. Drama dah habis barulah saya boleh tulis. Tanpa sedar saya sebenarnya terjebak dengan drama ini sejak episod pertama di tayangkan di tv3 lagi. Nampak macam kriteria peminat drama indonesia petang-petang tu kan. Tetapi siri atau episod pertama drama ini saya tonton secara tak sengaja, selepas saya dah tak tahu nak buat apa lagi di rumah, bila saya mula bertukar tempat kerja.. malam-malam saya kini lebih banyak di rumah dan menonton.

Saya jenis yang tak berapa minat dengan drama-drama dalam DVD, rasanya lebih kepada tak mau mula tengok sebab nanti lagi satu kerja pun tak jalan. Jadi, selain dari menonton rancangan apa saja yang ada pada masa ianya di on saya telah terjebak dengan siri Juvana.

Mungkin ramai yang cakap bukan sebab pemainnya adalah Zahiril Adzim, ramai yang menjangka botak atau Johan adalah penyebabnya tetapi saya sendiri tidak pasti kenapa drama ini buat saya rasa cool bila tengok. Saya sendiri tidak dapat melihat dengan jelas dari sudut apa drama ini dilihat bagus dan boleh membuatkan ramai orang duduk di depan tv. Kalau nak dikatakan sebab cikgu Zakiah, pastinya tidak juga (tetapi cikgu Zakiah membawa watak sangat cemerlang).. lalu hari demi hari saya menanti sesuatu misteri yang akan digembarkan dalam drama ini.

Namun, misteri hanya tinggal misteri.. sehinggakan saya tidak teruja sangat nak menonton episod akhir drama ini kerana saya terasa seperti salah channel bila melihat misteri yang saya jangka sebuah rahsia yang lebih dasyat dari hanya seorang warden yang menggunakan wang anak-anak juvana dan menerima hukuman dari perbuatannya. Ya memang perbuatannya sangat terkutuk dalam agama namun kenapalah saya boleh terfikir lebih jauh dari itu lagi. Mungkin direktornya mengambil penyudah melalui drama-drama indonesia yang sangat banyak di tv-tv negara kita.

Apapun Juvana bukanlah drama pertama yang membongkar kisah anak-anak Juvana ini. Saya masih ingat dulu pernah juga ada drama seumpama ini dan seorang daripada wataknya bernama Panarol (sama dengan tugas botak juga). Panarol adalah ketua dalam kelompok mereka.. tetapi Panarol akhirnya mati atas tumbukan bertalu-talu teman-temannya atas dasar ‘untuk memilih ketua perlu bertahan dengan pukulan demi pukulan. Jika mereka mampu bertahan, maka mereka akan diangkat menjadi ketua’. Namun Panarol yang sudah bertahun-tahun bertahan, akhirnya tumpas dan meninggal dunia.

Terasa seronok pula bila tengok mereka dalam rumah wira bakti tu kan. Sekolah ada sungai-sungai lagi, ada anak mak cik kantin yang cantik jelita dan boleh makan masakan makcik kantin yang nampaknya sangat baik hati memberi makan anak-anak itu.. suka.. suka..

Lama sudah tidak merasa indah bila sendiri begini

Aku menutup tulisan : Semoga Allah beri ketenangan dan kegembiraan ini kekal selama-lamanya.

16 JulSayang Mama..

Maaf sebab blog ni macam kurang bertenaga sejak akhir-akhir. Penulis sudah tak tahu nak tulis apa, sebab katanya bila tak ada lagi nak tulis pasal kerja.. apalagilah yang boleh di tulis di sini. Jadi bila bila penulis buka folder-folder gambar penulis baru terasa yang dia terlupa membuat posting mengenai hari lahir bundanya.

Selamat hari lahir buat mama. InsyaAllah hujung bulan ini saya akan balik  menemui mama dengan rasa tidak sabar dan banyak cerita (cerita kat mama banyaklah.. kat sini kena banyak tapis..) Sesungguhnya perasaan rindu pada mama ni usah ceritalah, pernah saya tidak boleh tidur bila terlalu ingatkan mama.. tu jangan cerita bila saya tengok cerita tentang ibu ibu di tv.. perasaan nak berjumpa tu jadi meronta-ronta. Dulu kalau masa belajar saya selalu dengan tak semena-mena balik rumah tanpa perancangan.. memang tu maknanya rindu yang tak terbendunglah. Manjakah? Ok, mungkin pengaruh anak bongsu yang tidak dapat dijauhkan dari saya.. mengaku sajalah.

Teringin nak tulis mesej untuk mama walaupun sebenarnya sudah kirim kad buat mama..

Mesej ini berbunyi..

“Mama, …. “

Penulis tidak dapat menahan diri dari rasa tak keruan kerana sedih..

Jomlah lihat gambar saya dan mama disuasana paling membahagiakan..

Saya dan mama

10 JulKembali Ke Arena

9 Julai bersamaan hari bersih seluruh negara, aku pula sibuk di luar.. buat pertama kali aku membuat outdoor photoshoot bukan untuk majalah. Sudah lama juga tidak sibuk di lensa lepas aku bertukar angin, aku berehat sekejap untuk beraksi lagi. InsyaAllah, kembali kali ini.. akan kembali lagi untuk yang lainnya. InsyaAllah selagi ada khudrat, aku selalunya akan memberi ruang kepada diriku bekerja seboleh-bolehnya. Jangan duduk malas membeban diri dengan tidur dan kemalasan.. sudah cukup lama berehat, balik kerja on time.. ayuh cari ruang dan peluang untuk bikin sibuk semula..

Aku sakit bila terlalu lama rehat..

09 JulSyarat atau Alasan

  1. Saya boleh melakukan kerja itu apabila ……….
  2. Saya boleh hafal ayat itu apabila………
  3. Saya boleh berjaya apabila………
  4. Saya boleh menjadi tabah apabila………
  5. Saya boleh kaya apabila……….

Jika saya minta kamu isi tempat kosong itu, apakah jawapan yang kamu akan isi? Jika boleh mahu saja saya tanya kamu secara lisan.. boleh dengar bermacam bentuk jawapan.. jawapan. Jom saya isi jawapan ini.. jawapan yang saya dapat semasa soalan ini ditanya kepada seorang hambaAllah yang saya namakan dia Aminah.. Aminah jawab;

  1. Saya boleh melakukan kerja itu apabila diberi sebagai tanggungjawab
  2. Saya boleh hafal ayat itu apabila saya berada dalam suasana yang sunyi dan tenang
  3. Saya boleh berjaya apabila saya yakin dengan apa yang saya buat
  4. Saya boleh menjadi tabah apabila saya diberi dugaan yang setimpal
  5. Saya boleh kaya apabila jika saya mahu berjaya

Untuk rekod, Aminah adalah seorang bekas graduan universiti yang kini sedang giat menjalankan perniagaan pakaian muslimah dan membuat coklat.

Cuba perhatikan jawapan Aminah, adakah jika anda di soal dengan soalan yang sama anda juga akan menjawab jawapan yang hampir sama. Baiklah, jom saya beri tugasan kepada anda.. sila ambil masa sedikit dan jawap jawapan di atas (jika boleh tulis di atas kertas) dan kemudian simpan jawapan anda. Nanti kita akan lihat, samaada jawapan anda sama dengan jawapan saya atau tidak. Yang di atas tu jawapan Aminah tau.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Baiklah, sudah siap dengan jawapan anda.. jom kita lihat jawapan saya.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hakikatnya.. setiap jawapan yang anda sediakan itu adalah syarat yang anda letakkan untuk mencapai sesuatu. Saya boleh hafal ayat itu apabila saya berada dalam suasana yang sunyi dan tenang. Ini bermakna jika keadaan tidak tenang  Aminah mengandaikan yang dia tidak boleh menghafal. Bukankah itu adalah alasan? setiap perkara dalam kehidupan kita memang sudah menjadi kebiasaan kita meletakkan syarat.. yang tanpa kita sedari syarat itu adalah alasan. Alasan yang kita cipta untuk mengelak dari dipersalahkan jika tidak mencapai sesuatu..

Memang sukar untuk mengelak alasan, kerana semua ini adalah kebiasaan dalam kehidupan. Jom sama-sama kita cuba menolak alasan demi untuk memberi keadilan kepada diri sendiri. Semoga anda dan saya juga akan lebih cekal.

Saya menutup tulisan : 24 hari lagi..

08 JulBiasa-biasa

Jarang saya menulis dalam suasana hening begini. Sekarang jam di lappy 1.09. Waktu pagi yang hening. Lepas maghrib tadi saya tidur sehinggalah terjaga jam 11.24 malam tadi (mengikut jam hp). Penat driving dari Kajanglah konon. Nasib baiklah ada lebuhraya SKVE, jadi usaha saya untuk ke Dewan MPKJ tidak sia-sialah.

Nak salahkan siapa bila kita suka sangat melakukan perkara yang biasa kita lakukan setiap hari? Maksud saya.. saya beri contoh lagi senang nak fahamkan..

contoh 1:

A: Kau nak lepak mana?

B: Tempat biasa..

contoh 2:

C: Nak pakai baju apa?

D: Macam biasa

contoh 3:

E: Nak buat apa hari ni?

F: Macam biasa

Cukuplah 3 contoh yang dapat saya fikirkan dalam jam 1 pagi ni. Dan bila saya fikirkan ada betulnya juga, kenapa kita suka sangat buat benda yang biasa di buat. Kenapa tak nak buat yang luarbiasa. Contohnya kalau di tanya nak makan di mana? berilah jawapan yang lain.. makan ditempat-tempat yang berbeza. Kalau ditanya nak buat apa hari ini.. buatlah perkara yang tidak biasa dibuat.

Yang saya selalu lihat kehidupan kebanyakkan kita suka kepada sesuatu rutin. Kita jarang mahu keluar dari rutin setiap hari. Perkara biasa yang kita lakukan selalu tidak akan memberi pembangunan kepada diri kerana asyik-asyik buat benda yang sama dan tentulah permikiran kita juga akan berada pada tahap yang sama.

Berapa untung meniaga hari ini? Macam biasa.. kalau begitulah jawapannya.. macammana pula. Selesa dengan apa yang sudah kita ada dan tidak mahu berusaha untuk melepas kebiasaan.. itulah masalah yang paling besar dalam diri manusia.. kerana inilah saya setiap hari cuba memikirkan peluang-peluang baru untuk meningkatkan diri. Saya cuba untuk keluar dari perkara yang biasa saya lakukan terutamanya soal kerja dan aktiviti masa lapang. Memang sukar pada kita untuk keluar dari hidup dengan perkara yang ‘biasa’ dilakukan setiap hari kerana contohnya makan di tempat yang berbeza setiap hari, kerana mungkin restoran tersebut lebih dekat dan sudah serasi.. namun jika kita tidak keluar mencari restoran yang lain.. maka tidak terjadilah proses perkembangan diri.

Baiklah contoh restoran tu macam kelakar sikitlah kan.. tetapi saya rasa relevannya ada jugakan. Oleh itu, jomlah kita berazam untuk tidak melakukan perkara yang sama setiap hari. Kiranya jangan jadikan setiap perkara itu sebagai ‘template’ dalam kehidupan kita. Setiap hari perlu fikirkan format baru, cara baru dan peluang baru. Wallahualam.

Saya menutup tulisan : 24 hari lagi..

 

 

06 JulMengadu

Semalam saya mengadu, atas rasa kurang energy mahu menulis di sini lagi. Kenapa lama saya tidak menulis? Kenapa sepi saja ruang merah jambu ini? Perasaan saya seperti seorang peminat Optimus Prime yang datang untuk menontonnya tetapi hampa dan tawar hati kerana panggung sudah penuh. Rasa itu seperti, rasa ingin yang tinggi, tetapi hampa.. entah tidak tahu hampa dengan apa sebabnya.. jom lihat di panggung lain, mana tahu ada tempat masih kosong barang satu dua untuk kita..

Kerana minat gila kepada Bumblebee juga, pergi juga walaupun kali ini tidak sama.. tiada lagi Megan Fox yang auch itu.. Ooh.. rupanya memang tidak sia-sia usaha, tempat duduk masih kosong barang 4 kepala.. jadi boleh duduk di baris E pula dengan rasa gembira dan puas. Kemudian lebih gembira bila melihat pengganti MF juga tidak kurang hebatnya.. Yea.. itulah perasaannya saya ketika ini.. perasaan serba tidak kena.. perasaan ingin menulis tetapi sudah tidak tahu mahu tulis apa.. dan mungkinkah perasaan ini kerana merasa lain dalam suasana yang berbeza.. ok hari ini saya lebih baik kerana keinginan ini datang lagi dalam bentuk ini. Alhamdulillah, akhirnya saya menulis sepanjang ini walaupun sedikit merapu macam orang lalok.

Rupanya baru saya tahu, menulis blog juga dipengaruhi suasana tempat kita menulis. Bila suasana secara drastiknya menjadi berbeza.. skill saya jadi hilang sekejap. Tetapi diam saya tidak diam-diam begitu saja.. diam saya masih punya banyak rencana lain. Sunyi di sini tidak bermakna sunyi hidup saya. Masih banyak ruang yang boleh saya tulis tentang hidup, isi hati dan kongsi bermacam agenda.

Kembali saya di sini hari ini.. untuk memberitahu semua saya masih ada. Masih mahu berdampingan dengan anda. Walau sejauh mana pun rasa ingin ini dibuang.. jasad saya tidak dapat melawannya. Dia pujuk saya.. cukup-cukuplah rajuk ini.. tetapi saya rasa tidak boleh.. saya cuba hilangkannya kerana dia..

semuanya kerana dia..

 

saya menutup tulisan : 25 hari lagi

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...